Research Ibnu Sina

Prospek Perubatan Ibnu Sina Di Malaysia

Prospek Perubatan Ibnu Sina di Malaysia

Di Malaysia, perubatan alternatif dan komplimentari seperti perubatan Ibnu Sina telah memberikan sumbangan penting dalam penjagaan kesihatan masyarakat. Tanpa kita sedari, asimilasi budaya telah membuatkan konsep-konsep asas perubatan Ibnu Sina telah diserap dalam aplikasi perubatan tradisional tempatan. Sebagai contoh, rawatan bekam iaitu aktiviti mengeluarkan darah kotor dengan menggunakan peralatan khas seperti tanduk lembu dan juga lintah memperlihatkan persamaan kaedah perubatan Ibnu Sina. Malah tip-tip penjagaan kesihatan berasaskan herba dan madu juga memiliki banyak persamaan.

Terdapat juga rawatan di Malaysia yang mengkhususkan kepada kaedah rukyah dan pendekatan agama untuk merawat penyakit fizikal. Ini bukanlah sesuatu yang janggal kerana perubatan Ibnu Sina sendiri mengiktiraf penjagaan jiwa dan roh yang boleh menjadi punca terjadinya penyakit jasad. Ini bertepatan dengan penemuan sains moden di mana jiwa stres boleh menyebabkan penghasilan lebihan hormon steroid dikenali sebagai kortisol yang berperanan dalam metabolisma dan tindak balas imun. Kebiasaannya, sistem tindak balas stres adalah bersifat terhad dan sementara. Sebaik sahaja ancaman yang dirasakan itu telah berlalu, tahap hormon adrenalin dan kortisol akan menurun lalu menyebabkan degupan jantung dan tekanan darah kembali normal, seterusnya sistem badan dapat berfungsi seperti sediakala. Bagaimanapun, stres berpanjangan akan membuatkan badan kita merasakan serangan berterusan dan mekanisma melawan tekanan akan diaktifkan secara terus-menerus.

Pengaktifan jangka panjang mekanisma melawan tekanan dan pendedahan terhadap kortisol dan hormon stres lain akan mengganggu hampir semua sistem tubuh. Kesannya, kita akan berpotensi tinggi untuk mendapat penyakit seperti anxiety, kemurungan, masalah pencernaan, sakit kepala, penyakit jantung, insomnia, masalah berat badan dan hilang tumpuan yang boleh membawa kepada pembentukan penyakit lebih kronik.

Semua jenis perubatan komplimentari dipantau serius oleh Kementerian Kesihatan Malaysia di bawah bahagian perubatan tradisional dan komplimentari serta perlu mematuhi akta perubatan tradisional dan komplimentari 2016. Oleh kerana Malaysia kaya dengan sumber biodiversiti produk kesihatan semulajadi, perubatan Ibnu Sina yang selalunya dikenali dengan bekam, penggunaan madu dan herba terus digunakan oleh masyarakat setempat untuk merawat penyakit dan mengekalkan kesihatan.

Semua kaedah ini dikembangkan seadanya bagi memenuhi sistem sosiobudaya di Malaysia. Walaupun perubatan Ibnu Sina berpotensi tinggi digunakan dalam bidang diagnostik dan terapi, sebahagian pengetahuan dan penggunaannya telah ditinggalkan serta dilupakan kerana kekurangan pengesahan kajian saintifik. Kajian rawatan berasaskan madu dan herba yang merupakan sebahagian daripada perubatan Ibnu Sina agak meningkat, walaupun terhad di Malaysia, namun, ketersediaannya untuk aplikasi klinikal masih kurang berkembang.

Oleh itu, terdapat keperluan kuat untuk memperkenalkan perubatan Ibnu Sina sebagai sistem penjagaan kesihatan yang lengkap dan berfungsi sebagai perubatan komplimentari untuk mencegah serta merawat penyakit. Di Malaysia, Ibnu Sina Wellness merupakan perintis aplikasi perubatan Ibu Sina yang selari dengan teknologi fitrah untuk menghapuskan punca penyakit daripada akar umbi agar tiada lagi penghalang kepada pengaktifan tenaga hayat (life force). Formulasi Ibnu Sina terbukti secara saintifik dapat menyingkirkan toksin tersumbat, mengaktifkan DNA dan menggalakkan percambahan berjuta-juta sel baharu. Hasilnya sistem tubuh kembali sihat dan aktif.

RUJUKAN

  • Azarpour E, Moraditochaee M, Bozorgi HR. Humour Plants Mentioned in Holy Quran and Iranian Traditional Medicine. InBiological Forum 2014 Jul 1 (Vol. 6, No. 2, p. 237). Research Trend.
  • Che CT, George V, Ijinu TP, Pushpangadan P, Andrae-Marobela K. Traditional medicine. InPharmacognosy 2017 Jan 1 (pp. 15-30). Academic Press.
  • Chen NN. Qi in Asian medicine. InEnergy Medicine East and West 2011 Jan 1 (pp. 3-10). Churchill Livingstone.
  • El-Gammal SY. Avicenna’s contribution to the development and progress of medical sciences.
  • Goodman LE. Avicenna. Cornell University Press; 2006.
  • Ibn Sina AA. al-Qanun fi al-Tibb. Lebanon: Alamy Le-Al-Matbooat Institute.
  • Ibnu Sina Wellness. Diperoleh pada 27 Julai 2020 daripada https://www.facebook.com/WellnessIbnuSina/
  • Ibnu Sina Wellness. Diperoleh pada 27 Julai 2020 daripada https://ibnusinawellness.com/
  • Lockhart L. The Avicenna millenary celebrations in Persia. Journal of the Royal Central Asian Society. 1955 Jan 1;42(1):65-9.
  • Mobli M, Qaraaty M, Amin G, Haririan I, Hajimahmoodi M, Rahimi R. Scientific evaluation of medicinal plants used for the treatment of abnormal uterine bleeding by Avicenna. Archives of gynecology and obstetrics. 2015 Jul 1;292(1):21-35.
  • Moustapha Abbas. Ibnu Sina: Petera Ilmu Perubatan Dunia Islam. Diperoleh pada 27 Julai 2020 daripada https://www.thepatriots.asia/ibnu-sina-putera-ilmu-perubatan-dunia-islam/
  • Naseer Sobri. Pengenalan Ringkas Perubatan Ibnu Sina. Diperoleh pada 27 Julai 2020 daripada https://www.thepatriots.asia/pengenalan-ringkas-perubatan-ibnu-sina/
  • Suhaimi R, Sulong J. Konsep asas llmu perubatan Islam menurut Ibn Sina. Esteem Academic Journal. 2009;5(2):201-13.
Kongsi