#paruparu CORETAN

ROKOK AGEN KANSER PARU-PARU

Tahukah anda bahawa sekurang-kurangnya terdapat 15 billion perokok yang merokok di seluruh dunia setiap hari. Di Malaysia, seorang daripada sepuluh orang adalah merupakan perokok.  Dianggarkan lebih 27,200 penduduk di Malaysia terbunuh akibat dari penggunaan tembakau pada setiap tahun. Dahulu, golongan perokok lazimnya terdiri daripada orang dewasa sahaja namun kini ia tidak asing lagi di kalangan remaja. Dikatakan bahawa sejumlah 27% perokok adalah terdiri pelajar dimana 22% adalah pelajar lelaki dan 5% adalah pelajar perempuan. Angka ini begitu mengejutkan kerana jumlah perokok muda juga kian meningkat. Rokok boleh membawa mudarat bukan sahaja kepada perokok itu sendiri malah orang disekelilingnya kerana asap rokok adalah agen yang boleh menyebabkan pertumbuhan kanser dalam tubuh badan. Dilaporkan bahawa 40% kanak-kanak di seluruh dunia terdedah  kepada asap rokok basi di rumah.

Setiap tahun, dianggarkan terdapat kira-kira 5 juta kematian yang dikaitkan dengan tabiat merokok dan menyumbang kepada satu persepuluh daripada kematian orang dewasa. Dijangkakan jumlah kematian ini akan terus meningkat kepada 10 juta pada tahun 2025, dengan satu pertiga berpunca dari tabiat merokok dan 50% daripadanya adalah disebabkan oleh penyakit yang disebabkan oleh tabiat merokok.

Sehingga kini, terdapat lebih 30 penyakit yang dikaitkan dengan tabiat merokok yang kebanyakannya adalah penyakit kardiovaskular, penyakit serebrovaskular, penyakit paru-paru obstruktif kronik (chronic obstructive pulmonary diseases, COPD) dan juga kanser. Statistik kematian menunjukkan tabiat merokok menyumbang kepada 30% kematian kanser, 75% kematian COPD dan 25% kematian arterosklerosis jantung. Individu yang menghisap 20 batang rokok sehari selama 25 tahun memiliki jangka hayat 25% kurang berbanding individu yang tidak merokok. Dikatakan perokok mempunyai risiko sakit jantung 200% ke 400% lebih tinggi berbanding individu yang tidak merokok.

Kira-kira 4000 bahan kimia aktif terdapat dalam asap rokok di mana 60 daripadanya adalah karsinogen penyebab kanser. Tembakau telah terbukti boleh menyebabkan kanser paru-paru, usus, perut, rahim, serviks, hati dan leukemia. Kaitan antara penggunaan produk tembakau dengan kanser-kanser lain seperti otak, kulit, payudara, testis, limfoma dan melanoma pula adalah masih kurang jelas. Kesan karsinogen asap rokok dan produk tembakau bukan hanya khusus kepada perokok malah kepada individu yang berada disekitarnya.

Tindakan Kementerian Kesihatan Malaysia yang mengambil langkah untuk menguatkuasakan larangan merokok di premis makanan merupakan tindakan awal yang patut dipuji dalam membela nasib dan hak individu yang tidak merokok untuk bebas daripada asap rokok. Kepada perokok tegar anda masih belum terlambat untuk berhenti merokok dan berubah untuk menjadi lebih sihat. Katakan TAK NAK! pada rokok.

RAWATAN DI IBNU SINA WELLNESS

Ibnu Sina Wellness sebagai sebuah pusat perubatan alternatif dan komplementari telah membantu ramai pesakit kronik terutamanya penyakit yang berkaitan dengan paru-paru. Sehingga kini, banyak testimoni pesakit yang telah berjaya sembuh dengan izin-Nya. Rawatan di sini berasaskan ilmu perubatan Ibnu Sina yang telah terbukti secara saintifik dapat menghapuskan punca penyakit paru-paru berdasarkan Teknologi Fitrah.

RUJUKAN

1. Asomaning K, Miller DP, Liu G, Wain JC, Lynch TJ, Su L, Christiani DC. Secondhand smoke, age of exposure and lung cancer risk. Lung cancer. 2008 Jul 1;61(1):13-20.
2. Besaratinia A, Pfeifer GP. Second-hand smoke and human lung cancer. The lancet oncology. 2008 Jul 1;9(7):657-66.
3. Eng L, Su J, Qiu X, Palepu PR, Hon H, Fadhel E, Harland L, La Delfa A, Habbous S, Kashigar A, Cuffe S. Second-hand smoke as a predictor of smoking cessation among lung cancer survivors. Journal of Clinical Oncology. 2014 Jan 13;32(6):564-70.
4. Eysenck H. Smoking, health and personality. Routledge; 2018 Apr 27.
5. Godtfredsen NS, Prescott E, Osler M. Effect of smoking reduction on lung cancer risk. Jama. 2005 Sep 28;294(12):1505-10.
6. Jenkins WD, Matthews AK, Bailey A, Zahnd WE, Watson KS, Mueller-Luckey G, Molina Y, Crumly D, Patera J. Rural areas are disproportionately impacted by smoking and lung cancer. Preventive medicine reports. 2018 Jun 1;10:200-3.
7. Jung KJ, Jeon C, Jee SH. The effect of smoking on lung cancer: ethnic differences and the smoking paradox. Epidemiology and health. 2016;38.
8. Krishnan VG, Ebert PJ, Ting JC, Lim E, Wong SS, Teo AS, Yue YG, Chua HH, Ma X, Loh GS, Lin Y. Whole-genome sequencing of asian lung cancers: second-hand smoke unlikely to be responsible for higher incidence of lung cancer among Asian never-smokers. Cancer research. 2014 Nov 1;74(21):6071-81.
9. MyHEALTH for life from https://www.moh.gov.my/moh/resources/Penerbitan/Rujukan/Umum/e-Mag_Speakout_Edition_2019.pdf
10. Öberg M, Jaakkola MS, Woodward A, Peruga A, Prüss-Ustün A. Worldwide burden of disease from exposure to second-hand smoke: a retrospective analysis of data from 192 countries. The lancet. 2011 Jan 8;377(9760):139-46.
11. Ozlü T, Bülbül Y. Smoking and lung cancer. Tuberk Toraks. 2005;53(2):200-9.
12. Spiro SG, Silvestri GA. One hundred years of lung cancer. American journal of respiratory and critical care medicine. 2005 Sep 1;172(5):523-9.
13. Torre LA, Siegel RL, Jemal A. Lung cancer statistics. In Lung cancer and personalized medicine 2016 (pp. 1-19). Springer, Cham.
14. Woodward A, Laugesen M. How many deaths are caused by second hand cigarette smoke?. Tobacco Control. 2001 Dec 1;10(4):383-8.
15. Zhu BQ, Heeschen C, Sievers RE, Karliner JS, Parmley WW, Glantz SA, Cooke JP. Second hand smoke stimulates tumor angiogenesis and growth. Cancer cell. 2003 Sep 1;4(3):191-6.

Kongsi