Cegah Penyakit CORETAN

SAYURAN BEBAWANG DAN RISIKO KANSER RAHIM

Sayuran daripada genus Allium bukanlah sayuran yang asing bagi kita di mana sayuran daripada keluarga bebawang yang terdiri daripada lebih 500 spesies ini biasa digunakan dalam masakan seharian khususnya bawang merah, bawang putih, lik, daun bawang dan kucai. Walaupun ada antara kita yang mengetahui bahawa sayuran bebawang amat berkhasiat kepada tubuh badan, namun tidak ramai yang mengetahui fakta sebenar tentang manfaat dan nilai perubatannya.

Pada zaman dahulu, sayuran Allium seperti bawang putih telah digunakan selama berkurun lamanya dalam perubatan tradisional untuk merawat penyakit kardiovaskular. Malah ia dapat bertindak sebagai antimikrob, antitrombotik, antikanser, bersifat hipolipidemia, antiartritis, dan bersifat hipoglisemia. Ini adalah disebabkan oleh kandungan bioaktif seperti flavonoid dan allisulfida. Kandungan organosulfur yang terdapat dalam sayuran bebawang dipercayai menyumbang kepada keberkesanan penggunaan tumbuhan ini untuk tujuan perubatan.

Bagaimanakah bawang mengurangkan risiko kanser?

Beberapa mekanisme telah dicadangkan bagi menerangkan kesan pencegahan kanser yang disebabkan oleh pengambilan sayuran bebawang. Antara mekanisme sayuran bebawang yang telah dibuktikan adalah seperti merencat proses mutasi, mempengaruhi aktiviti enzim, menghalang perubahan DNA, menghapuskan radikal bebas, dan merencat percambahan serta perkembangan kanser. Walaupun terdapat banyak bukti yang menyokong mekanisme ini, namun kebanyakkannya masih lagi berada di tahap awal dan memerlukan pembuktian yang lebih jitu seperti kajian haiwan dan percubaan klinikal bagi menyokong kebaikan sayuran bebawang kepada tubuh badan.

Beberapa kajian telah dilakukan ke atas orang Eropah dan China. Perbezaan ke atas Eropah dapat dilihat apabila berlakunya perbezaan diet harian di mana kurangnya penggunaan bawang putih di dalam masakan mereka berbanding Asia. Sebagai contoh, satu kajian yang melibatkan 832 kes dan 846 kawalan telah mendapati bahawa pengambilan sayuran bawang dapat merendahkan risiko kanser rahim. Malah keputusan yang lebih jitu diperoleh bagi diet sayuran bawang dengan kanser rahim di kalangan wanita yang telah menopous. Kajian lain yang melibatkan 454 wanita yang berumur antara 18-79 tahun di Itali juga menunjukkan keputusan yang sama. Hasil kajian telah mendapati pengambilan bawang merah dan bawang putih dapat mengurangkan risiko mendapat kanser rahim.

Bukti kajian epidemiologi dan makmal menunjukkan bawang berkesan untuk mengurangkan risio kanser seperti kanser rahim. Namun begitu, mekanisme dan interaksi antara bawang dan tubuh badan manusia masih dalam kajian dan belum dapat diperjelaskan dengan teliti.  Kajian lanjutan di peringkat klinikal diperlukan bagi membuktikan segala potensi yang ada pada sayuran bebawang ini sekali gus membuka ruang kepada perubatan herba untuk mendapat tempat di kalangan masyarakat setempat.

RAWATAN DI IBNU SINA WELLNESS

Ibnu Sina Wellness sebagai sebuah pusat perubatan alternatif dan komplementari telah membantu ramai pesakit kronik terutamanya pesakit kanser rahim. Sehingga kini, banyak testimoni pesakit yang telah berjaya sembuh dengan izinNya. Antara rawatan yang ditawarkan termasuklah penggunaan bawang putih di dalam madu bagi merawat pelbagai jenis penyakit. Rawatan di sini berasaskan ilmu perubatan Ibnu Sina yang telah terbukti secara saintifik dapat menghapuskan punca kanser rahim berdasarkan teknologi fitrah.

RUJUKAN

  • Bianchini F, Vainio H. Allium vegetables and organosulfur compounds: do they help prevent cancer?. Environmental health perspectives. 2001 Sep;109(9):893-902.
  • Cline JM, Hughes CL. Phytochemicals for the prevention of breast and endometrial cancer. InBiological and hormonal therapies of cancer 1998 (pp. 107-134). Springer, Boston, MA.
  • Galeone C, Pelucchi C, Dal Maso L, Negri E, Montella M, Zucchetto A, Talamini R, La Vecchia C. Allium vegetables intake and endometrial cancer risk. Public health nutrition. 2009 Sep;12(9):1576-9.
  • Le Bon AM, Siess MH. Organosulfur compounds from Allium and the chemoprevention of cancer. Drug metabolism and drug interactions. 2000;17(1-4):51-80.
  • Sengupta A, Ghosh S, Bhattacharjee S. Allium vegetables in cancer prevention: an overview. Asian Pacific Journal of Cancer Prevention. 2004 Jul;5(3):237-45.
  • Wang Y, Tian WX, Ma XF. Inhibitory effects of onion (Allium cepa L.) extract on proliferation of cancer cells and adipocytes via inhibiting fatty acid synthase. Asian pacific journal of cancer prevention. 2012;13(11):5573-9.
Kongsi