Research Ibnu Sina

Sumbangan Ibnu Sina Dalam Bidang Pembedahan & Anastetik

Sumbangan Ibnu Sina dalam Bidang Pembedahan dan Anastetik

Ibnu Sina adalah orang pertama yang memperkenalkan pemakaian seragam hijau semasa melakukan pembedahan. Menurut kajian psikologi, pemakaian jubah hijau oleh unit pembedahan bertujuan untuk menyegarkan penglihatan kerana menatap warna merah darah boleh memudarkan isyarat merah pada otak dan mengganggu ilusi warna lain seterusnya mengganggu tumpuan pakar bedah.

Di samping itu, Ibnu Sina memperkenalkan kaedah aseptik dengan menggunakan alkohol bagi menyahkuman alatan pembedahan dan kulit. Sebelum melakukan pembedahan, Ibnu Sina menggunakan anestetik atau ubat bius yang terdiri daripada herba termasuklah ganja dan candu sebelum pembedahan berat seperti amputasi. Beliau turut menekankan kepentingan dos yang betul bagi mengelakkan kesan sampingan yang tidak diingini. Semasa pembedahan, Ibnu Sina menyarankan supaya mengelakkan memotong saraf, arteri dan vena sebanyak mungkin.


Ibnu Sina menggunakan teknik pelecuhan dengan menggunakan alatan yang diperbuat daripada emas untuk menghentikan pendarahan, mengelakkan luka yang merosakkan dan membuang bahagian tisu badan yang mereput. Malah, beliau mengambil berat hal berkaitan infeksi patogen dimana beliau melarang pembedahan dilakukan pada anggota badan yang telah bernanah kerana bimbang akan membuatkan kuman masuk ke sistem peredaran darah. Ibnu Sina telah memperkenalkan penggunaan benang khas seperti bulu kuda untuk menjahit luka pembedahan.

Beliau telah mempelopori kaedah menebuk leher bagi seseorang yang tidak boleh bernafas kerana tercekik. Beliau telah mencipta tiub yang diperbuat daipada perak atau besi untuk membantu pernafasan. Bagi penjagaan pesakit selepas menjalani pembedahan, Ibnu Sina menyarankan supaya pesakit meniarap selepas dibedah bagi mengelakkan kesukaran untuk bernafas. Ibnu Sina adalah pelopor pembedahan berkaitan telinga, hidung dan tekak yang mana alatan khas dan protokol khusus telah direka termasuklah untuk membuang tonsil (tonsilektomi).

Ibnu Sina juga menyatakan, pergantian gigi susu kepada gigi kekal akan terhenti apabila seseorang mencapai usia 30 tahun. Ibnu Sina telah memperincikan fungsi setiap gigi berdasarkan jenis gigi. Ibnu Sina turut menyatakan bahawa penyakit kancing gigi dan gingivitis adalah disebabkan oleh radang pada tisu ligamen di sekeliling gigi. Walaupun sampel manusia sangat diperlukan bagi memahami fisiologi penyakit dengan lebih mendalam dan ditambah lagi faktor lambakan spesimen semasa perang, Ibnu Sina berpendapat haiwan untuk tujuan ujikaji adalah lebih beretika.

Selain itu, Ibnu Sina adalah orang pertama yang merekodkan pembengkakan bukan hanya boleh berlaku pada tisu lembut, malah kepada tisu keras seperti tulang. Pembengkakan tulang boleh terjadi hasil daripada pertambahan isipadu tulang dan gangguan aliran cecair keluar daripada sel tulang. Ibnu Sina telah menerangkan secara terperinci punca, jenis dan bentuk-bentuk keretakan dan kepatahan tulang. Sebagai contoh, beliau menyuruh menyelaraskan hujung tulang yang patah agar proses penyembuhan dapat berlaku dengan kadar lebih cepat.

Selain itu, Ibnu Sina menyamakan polip hidung (ketumbuhan di hidung) seperti pendarahan yang perlu dihentikan dan dirawat dengan segera. Malah, beliau adalah orang pertama yang menerangkan mengenai jaundis dan kaitannya dengan masalah hati.  

RUJUKAN

  • Abu-Asab M, Amri H, Micozzi MS. Avicenna’s medicine: a new translation of the 11th-century canon with practical applications for integrative health care.
  • Simon and Schuster; 2013 Jul 4.
  • Adamson P, editor. Interpreting Avicenna: Critical Essays. Cambridge University Press; 2013 Jul 4.
  • Afnan SM. Avicenna: His life and works. Routledge; 2015 Oct 14.
  • Amr SS, Tbakhi A. Ibn Sina (Avicenna): the prince of physicians. Annals of Saudi medicine. 2007 Mar;27(2):134-5.
  • Ardakani Movaghati MR, Yousefi M, Saghebi SA, Sadeghi Vazin M, Iraji A, Mosavat SH. Efficacy of black seed (Nigella sativa L.) on kidney stone dissolution: A randomized, double‐blind, placebo‐controlled, clinical trial. Phytotherapy Research. 2019 May;33(5):1404-12.
  • Azarpour E, Moraditochaee M, Bozorgi HR. Humour Plants Mentioned in Holy Quran and Iranian Traditional Medicine. InBiological Forum 2014 Jul 1 (Vol. 6, No. 2, p. 237). Research Trend.
  • CHANGIZI AS, Shamsi M, Cyrus A, Bastani B, Tabatabayei SM. A Critical Review of the Works of Pioneer Physicians on Kidney Diseases in Ancient Iran Avicenna, Rhazes, Al-Akhawayni, and Jorjani.
  • Che CT, George V, Ijinu TP, Pushpangadan P, Andrae-Marobela K. Traditional medicine. InPharmacognosy 2017 Jan 1 (pp. 15-30). Academic Press.
  • Chen NN. Qi in Asian medicine. InEnergy Medicine East and West 2011 Jan 1 (pp. 3-10). Churchill Livingstone.
  • El-Gammal SY. Avicenna’s contribution to the development and progress of medical sciences.
  • Goodman LE. Avicenna. Cornell University Press; 2006.
  • Ibn Sina AA. al-Qanun fi al-Tibb. Lebanon: Alamy Le-Al-Matbooat Institute. 2005:125-7.
  • Israili AH. (14) Humoral Theory of Unani Tibb.
  • Janssens JL. An annotated bibliography on Ibn Sînâ (1970-1989): including Arabic and Persian publications and Turkish and Russian references. Leuven University Press; 1991.
  • Kardeh S, Choopani R, Nezhad GS, Zargaran A. The urinary catheter and its significant applications described by Avicenna (980-1037 AD) in the canon of medicine. Urology. 2014 Nov 1;84(5):993-6.
  • Khan A. Avicenna (Ibn Sina): Muslim physician and philosopher of the eleventh century. The Rosen Publishing Group, INC; 2006 Jan 15.
    Levy R. Avicenna—his life and times. Medical history. 1957 Jul;1(3):249-61.
  • Lockhart L. The Avicenna millenary celebrations in Persia. Journal of the Royal Central Asian Society. 1955 Jan 1;42(1):65-9.
  • Madineh SM. Avicenna’s canon of medicine and modern urology part I: bladder and its diseases.
  • Moghimipour E, Ghorbani A, Malayeri A, Siahpoosh A, Khodadoost M, Rajaeipour M, Angali KA, Abdehvand LZ. Evaluation of Nigella sativa and honey combination for treatment of kidney stone: a randomized, placebo controlled clinical trial. Journal of Contemporary Medical Sciences. 2019 Feb 26;5(1).
  • Shamsi M, Haghverdi F, Ashtiyani SC. A brief review of Rhazes, Avicenna, and Jorjani’s views on diagnosis of diseases through urine examination. Iranian journal of kidney diseases. 2014 Jul 1;8(4):278.
  • Zargaran A, Mehdizadeh A, Zarshenas MM, Mohagheghzadeh A. Avicenna (980–1037 AD). Journal of neurology. 2012 Feb 1;259(2):389-90.

Kongsi