Research Ibnu Sina

Sumbangan Ibnu Sina Dalam Bidang Psikoterapi

Sumbangan Ibnu Sina dalam Bidang Psikoterapi

Ibnu Sina adalah orang pertama yang mengkategorikan penyakit ‘cinta’ sebagai salah satu pecahan penyakit jiwa dan psikologi. Secara khusus, beliau mendefinisikan penyakit cinta sebagai kecelaruan obsesif yang menyamai depresi teruk, yang mana pesakit mengalami bayangan imaginasi dan terlalu banyak berfikir. Secara luaran, pesakit cinta dapat dilihat pada perubahan fizikal seperti tidak terurus, mata layu, mata kerap berkedip, kerap ketawa dan sesekali diselangi dengan tangisan.

Perubahan kardiopulmonari seperti pernafasan terlalu cepat atau terhenti seketika dan denyutan tidak konsisten juga boleh terjadi kepada pesakit yang mengalami penyakit cinta. Ujian ‘teka nama dan denyutan jantung’ merupakan ujian klasik untuk melihat reaksi psikosomatik. Perawat akan menyebut nama-nama secara rawak bagi mengenalpasti respon degupan jantung dan nadi pesakit. Selain itu, Ibnu Sina mencadangkan agar perawat mengalihkan perhatian pesakit kepada subjek atau benda lain. Menyibukkan diri dengan aktiviti luaran seperti bersukan juga dapat membantu merawat penyakit ini.

Ibnu Sina juga menggunakan teknik psikoterapi untuk merawat putera raja Majd el-Dowlah yang mengalami masalah depresi kronik. Majd el-Dowleh mengalami psikosis dan aneroksia yang teruk di mana Ibnu Sina telah bertanggungjawab merawat beliau. Majd el-Dowleh berdelusi bahawa beliau adalah seekor lembu dan akan melenguh sambil berkata:


“Sembelihlah aku supaya dagingku boleh direbus”

 


Majd el-Dowleh juga tidak mahu makan dan ini menjejaskan kesihatan beliau. Dalam situasi ini Ibnu Sina telah menunjukkan kemahiran beliau dalam bidang psikologi dan perubatan secara serentak. Ibnu Sina menyuruh supaya Majd el-Dowleh bergembira kerana penjual daging telah dipanggil untuk menyembelihnya. Majd el-Dowleh berasa sangat gembira. Ibnu Sina telah menghampiri Majd el-Dowleh dan berkata:


“Dimanakah lembu itu supaya aku dapat menyembelihnya?”


Majd el-Dowleh kemudiannya menguak persis seekor lembu menandakan bahawa dia berada di situ. Apabila Ibnu Sina cuba menghampiri beliau dan berpura-pura untuk menyembelihnya, Ibnu Sina telah berkata:


“Lembu ini terlalu kurus dan belum sedia untuk disembelih. Lembu ini perlu diberi makan dan aku akan menyembelihnya apabila ia kembali sihat dan gemuk.”


Majd el-Dowleh kemudiannya berselera untuk makan sehingga dapat mengembalikan kesihatannya dan bersedia untuk menerima rawatan selanjutnya sehinggalah sembuh sepenuhnya. Bagi pesakit depresi, Ibnu Sina mencadangkan agar perawat memastikan fizikal pesakit cukup sihat sebelum mengambil formulasi ramuan penawar bagi penyakit tersebut. Sebagai contoh, lavender dapat menenangkan jiwa bagi pesakit jiwa dan psikologi. Selain itu, Ibnu Sina mencadangkan agar berlapar (berpuasa), bersedih (mengingati dosa dan kematian) dan bersenam untuk merawat penyakit berkaitan psikologi.  

RUJUKAN

  • Abu-Asab M, Amri H, Micozzi MS. Avicenna’s medicine: a new translation of the 11th-century canon with practical applications for integrative health care. Simon and Schuster; 2013 Jul 4.
  • Azarpour E, Moraditochaee M, Bozorgi HR. Humour Plants Mentioned in Holy Quran and Iranian Traditional Medicine. InBiological Forum 2014 Jul 1 (Vol. 6, No. 2, p. 237). Research Trend.
  • Che CT, George V, Ijinu TP, Pushpangadan P, Andrae-Marobela K. Traditional medicine. InPharmacognosy 2017 Jan 1 (pp. 15-30). Academic Press.
  • Chen NN. Qi in Asian medicine. InEnergy Medicine East and West 2011 Jan 1 (pp. 3-10). Churchill Livingstone.
  • El-Gammal SY. Avicenna’s contribution to the development and progress of medical sciences.
  • Goodman LE. Avicenna. Cornell University Press; 2006.
  • Ibn Sina AA. al-Qanun fi al-Tibb. Lebanon: Alamy Le-Al-Matbooat Institute. 2005:125-7.
  • Janssens JL. An annotated bibliography on Ibn Sînâ (1970-1989): including Arabic and Persian publications and Turkish and Russian references. Leuven University Press; 1991.
  • Kaadan AN, Zaiat KA. Psychotherapy of Melancholia as Described by Some Arab and Muslim Physicians. JOURNAL OF THE INTERNATIONAL SOCIETY FOR THE HISTORY OF ISLAMIC MEDICINE (JISHIM). 2014 Aug 30:12.
  • Khan A. Avicenna (Ibn Sina): Muslim physician and philosopher of the eleventh century. The Rosen Publishing Group, INC; 2006 Jan 15.
  • Levy R. Avicenna—his life and times. Medical history. 1957 Jul;1(3):249-61.
  • Lockhart L. The Avicenna millenary celebrations in Persia. Journal of the Royal Central Asian Society. 1955 Jan 1;42(1):65-9.
  • Shafii M. A precedent for modern psychotherapeutic techniques: One thousand years ago. American Journal of Psychiatry. 1972 Jun;128(12):1581-4.
  • Shahpesandy H. Abu Ali Sina (Avicenna): Treatment of The Buyid Prince Suffering from Melancholy with Delusional Metamorphosis of Boanthropy. Int J Psychiatr Res. 2020;3(1):1-4.
  • Shoja MM, Tubbs RS. The disorder of love in the Canon of Avicenna (AD 980–1037). American Journal of Psychiatry. 2007 Feb;164(2):228-9.
  • Short D. The blood and guts of experiential psychotherapy. Psychotherapy in Australia. 2014;21(1).

Kongsi