Research Ibnu Sina

Sumbangan Ibnu Sina Dalam Perubatan Mata

Sumbangan Ibnu Sina dalam Perubatan Mata

Ibnu Sina menggambarkan penglihatan sebagai salah satu daripada lima deria luaran. Perkataan Latin untuk ‘retina’ berasal daripada istilah Arab yang merujuk kepada organ tersebut. Bagi penyakit katarak, Ibnu Sina mendefinisikan katarak sebagai penyakit penyumbatan yang  mana kelembapan luaran menukarkan humor berair dan membran kornea pada anak mata yang menghalang imej daripada dilihat. Kelembapan luar ini sebagai kelembapan yang bukan berasal daripada badan dan tidak boleh diserap oleh tisu dan organ yang menjadi punca infeksi serta kegagalan fungsi penglihatan. 

Ibnu Sina mengelaskan katarak berdasarkan 1) saiz iaitu sama kelegapan separa atau menyeluruh, 2) kepadatan iaitu tipis atau tebal yang tidak membenarkan langsung cahaya menembusinya dan 3) sepuluh jenis warna katarak yang pelbagai. Dalam bukunya, beliau telah menggariskan beberapa tanda dan gejala katarak seperti penglihatan kabur terutamanya pada sebelah mata sahaja, penglihatan berbayang pada objek-objek yang bersinar, dan sentiasa melihat entiti kecil yang terapung pada setiap arah. Menurutnya lagi, katarak boleh disembuhkan jika didiagnos pada peringkat awal hanya melalui pengambilan makanan tertentu dan herba. 

Katarak yang disebabkan oleh lapisan tipis boleh disembuhkan dengan pembedahan manakala yang sudah menebal tidak dapat dibantu dengan pembedahan. Pembedahan katarak yang berwarna putih mutiara, putih kekelabuan dan putih turquois mampu memberikan hasil yang lebih baik berbanding katarak yang berwarna putih kapur, hijau dan warna gelap kehitaman. Tambahnya lagi, katarak yang disebabkan oleh kecederaan fizikal seperti terjatuh dan kecederaan otak agak sukar disembuhkan melalui pembedahan. Katarak yang tidak terlalu serius, Ibu Sina menyarankan supaya pesakit mengelakkan pengambilan daging, ikan dan buah-buahan. 

Malah Ibnu Sina menyarankan supaya pesakit tidak makan dan minum berlebihan dan hanya makan sekali sehari iaitu ketika waktu tengahari. Pengambilan jus adas (pokok jintan) yang dicampur bersama madu dan marjoram juga mampu merawat katarak yang tidak terlalu serius. Ibnu Sina menerangkan secara terperinci penjagaan pesakit yang menjalani pembedahan katarak. Pesakit harus mengelakkan sebarang aktiviti yang boleh menyebabkan stres dan kurangkan minum, mandi dan hubungan intim kerana keadaan mental dan psikologi pesakit adalah penting semasa fasa penyembuhan. 

Beliau juga merupakan orang yang pertama menemui hubungkait antara mata dengan penyakit beguk. Menurutnya lagi, pembengkakan pada leher boleh menyebabkan tekanan pada otot ekstraokulus (otot di mata). Ini menyebabkan terjadinya eksoftalmos iaitu keadaan bola mata yang tertonjol ke hadapan.  

RUJUKAN

  • Abu-Asab M, Amri H, Micozzi MS. Avicenna’s medicine: a new translation of the 11th-century canon with practical applications for integrative health care.
  • Simon and Schuster; 2013 Jul 4.
  • Adamson P, editor. Interpreting Avicenna: Critical Essays. Cambridge University Press; 2013 Jul 4.
  • Afnan SM. Avicenna: His life and works. Routledge; 2015 Oct 14.
  • Amr SS, Tbakhi A. Ibn Sina (Avicenna): the prince of physicians. Annals of Saudi medicine. 2007 Mar;27(2):134-5.
  • Ardakani Movaghati MR, Yousefi M, Saghebi SA, Sadeghi Vazin M, Iraji A, Mosavat SH. Efficacy of black seed (Nigella sativa L.) on kidney stone dissolution: A randomized, double‐blind, placebo‐controlled, clinical trial. Phytotherapy Research. 2019 May;33(5):1404-12.
  • Azarpour E, Moraditochaee M, Bozorgi HR. Humour Plants Mentioned in Holy Quran and Iranian Traditional Medicine. InBiological Forum 2014 Jul 1 (Vol. 6, No. 2, p. 237). Research Trend.
  • CHANGIZI AS, Shamsi M, Cyrus A, Bastani B, Tabatabayei SM. A Critical Review of the Works of Pioneer Physicians on Kidney Diseases in Ancient Iran Avicenna, Rhazes, Al-Akhawayni, and Jorjani.
  • Che CT, George V, Ijinu TP, Pushpangadan P, Andrae-Marobela K. Traditional medicine. InPharmacognosy 2017 Jan 1 (pp. 15-30). Academic Press.
  • Chen NN. Qi in Asian medicine. InEnergy Medicine East and West 2011 Jan 1 (pp. 3-10). Churchill Livingstone.
  • El-Gammal SY. Avicenna’s contribution to the development and progress of medical sciences.
  • Goodman LE. Avicenna. Cornell University Press; 2006.
  • Ibn Sina AA. al-Qanun fi al-Tibb. Lebanon: Alamy Le-Al-Matbooat Institute. 2005:125-7.
  • Israili AH. (14) Humoral Theory of Unani Tibb.
  • Janssens JL. An annotated bibliography on Ibn Sînâ (1970-1989): including Arabic and Persian publications and Turkish and Russian references. Leuven University Press; 1991.
  • Kardeh S, Choopani R, Nezhad GS, Zargaran A. The urinary catheter and its significant applications described by Avicenna (980-1037 AD) in the canon of medicine. Urology. 2014 Nov 1;84(5):993-6.
  • Khan A. Avicenna (Ibn Sina): Muslim physician and philosopher of the eleventh century. The Rosen Publishing Group, INC; 2006 Jan 15.
    Levy R. Avicenna—his life and times. Medical history. 1957 Jul;1(3):249-61.
  • Lockhart L. The Avicenna millenary celebrations in Persia. Journal of the Royal Central Asian Society. 1955 Jan 1;42(1):65-9.
  • Madineh SM. Avicenna’s canon of medicine and modern urology part I: bladder and its diseases.
  • Moghimipour E, Ghorbani A, Malayeri A, Siahpoosh A, Khodadoost M, Rajaeipour M, Angali KA, Abdehvand LZ. Evaluation of Nigella sativa and honey combination for treatment of kidney stone: a randomized, placebo controlled clinical trial. Journal of Contemporary Medical Sciences. 2019 Feb 26;5(1).
  • Shamsi M, Haghverdi F, Ashtiyani SC. A brief review of Rhazes, Avicenna, and Jorjani’s views on diagnosis of diseases through urine examination. Iranian journal of kidney diseases. 2014 Jul 1;8(4):278.
  • Zargaran A, Mehdizadeh A, Zarshenas MM, Mohagheghzadeh A. Avicenna (980–1037 AD). Journal of neurology. 2012 Feb 1;259(2):389-90.

Kongsi