Research Ibnu Sina

Sumbangan Ibnu Sina Dalam Perubatan Strok

Sumbangan Ibnu Sina dalam Perubatan Strok

Ibnu Sina mencadangkan terdapat dua faktor yang boleh menyebabkan strok iaitu 1) penyumbatan salur darah pada otak yang merangkumi kolaps dan iskemik dan 2) penyumbatan dan ketidakseimbangan yang berkait rapat dengan empat jenis humor. Menurut Ibnu Sina, penyumbatan pada arteri karotid pada leher iaitu yang membawa darah beroksigen daripada aorta ke bahagian kepala boleh membawa kepada strok. Selain daripada itu, Ibnu Sina berpendapat strok juga boleh disebabkan oleh penyumbatan humor darah dan kahak.

Sebagai contoh, kandungan lemak dan kolesterol boleh menyebabkan penyumbatan dipanggil aterosklerosis. Ibnu Sina mengatakan bahawa darah pekat yang mengandungi lemak dan kolesterol boleh meningkatkan risiko darah tinggi dan menyebabkan pendarahan pada otak. Di sini beliau menghubungkan kaitan antara strok pendarahan otak (humor darah pekat) dengan aterosklerosis (humor kahak).

Menurut Ibnu Sina lagi, individu yang bersifat basah dan sejuk berpotensi tinggi mendapat serangan strok. Sebagai contoh, lemak bersifat basah dan sejuk. Oleh itu, individu yang obesiti dikatakan berpotensi tinggi menghidap strok. Ibnu Sina juga mengkategorikan strok daripada teruk ke ringan dan percaya bahaya strok selalunya menyebabkan paralisis muka (palsi Bell). Menurut Ibnu Sina terdapat beberapa manifestasi strok seperti asfiksia (kekurangan oksigen pada otak), hemiplegia (lumpuh separuh jasad), gigi berlaga ketika tidur, hilang keseimbangan, pening dan sakit kepala.

Ibnu Sina mencadangkan rawatan menerusi diet mudah hadam seperti buah tin, melewatkan minum selepas makan, senaman ringan dan tidur yang mencukupi untuk merawat strok. Ini selari dengan kajian sains perubatan yang menunjukkan senaman kekuatan dapat meningkatkan fungsi saraf, aspek psikososial dan mutu kehidupan.

Senaman fleksibiliti pula dapat melegakan masalah ketegangan otot, meningkatkan fungsi motor, meluaskan gerakan dan mencegah pengecutan kekal otot akibat spasma atau paralisis. Senaman regangan pula dapat menghalang pengecutan sendi, pemendekkan otot, mengurangkan kekejangan, mengurangkan kekakuan sendi, dan meningkatkan fungsi keseluruhan pesakit strok.

RUJUKAN

  • Abu-Asab M, Amri H, Micozzi MS. Avicenna’s medicine: a new translation of the 11th-century canon with practical applications for integrative health care. Simon and Schuster; 2013 Jul 4.
  • Ameli NO. Avicenna and trigeminal neuralgia. Journal of the Neurological Sciences. 1965 Mar 1;2(2):105-7.
  • Azarpour E, Moraditochaee M, Bozorgi HR. Humour Plants Mentioned in Holy Quran and Iranian Traditional Medicine. InBiological Forum 2014 Jul 1 (Vol. 6, No. 2, p. 237). Research Trend.
  • Che CT, George V, Ijinu TP, Pushpangadan P, Andrae-Marobela K. Traditional medicine. InPharmacognosy 2017 Jan 1 (pp. 15-30). Academic Press.
  • Chen NN. Qi in Asian medicine. InEnergy Medicine East and West 2011 Jan 1 (pp. 3-10). Churchill Livingstone.
  • Dalfardi B, Yarmohammadi H. The heart under the lens of Avicenna. International journal of cardiology. 2014 Apr 15;173(1):e1-2.
  • El-Gammal SY. Avicenna’s contribution to the development and progress of medical sciences.
  • Goodman LE. Avicenna. Cornell University Press; 2006.
  • Hildreth HR. The tendon-transplanting operation. American Journal of Ophthalmology. 1953 Sep 1;36(9):1267-70.
  • Ibn Sina AA. al-Qanun fi al-Tibb. Lebanon: Alamy Le-Al-Matbooat Institute. 2005:125-7.
  • Janssens JL. An annotated bibliography on Ibn Sînâ (1970-1989): including Arabic and Persian publications and Turkish and Russian references. Leuven University Press; 1991.
  • Karenberg A, Hort I. Medieval descriptions and doctrines of stroke: preliminary analysis of select sources. Part II: between Galenism and Aristotelism–Islamic theories of apoplexy (800–1200). Journal of the History of the Neurosciences. 1998 Dec 1;7(3):174-85.
  • Khan A. Avicenna (Ibn Sina): Muslim physician and philosopher of the eleventh century. The Rosen Publishing Group, INC; 2006 Jan 15.
  • Levy R. Avicenna—his life and times. Medical history. 1957 Jul;1(3):249-61.
  • Lockhart L. The Avicenna millenary celebrations in Persia. Journal of the Royal Central Asian Society. 1955 Jan 1;42(1):65-9.
  • Nathan B. Avicenna on the causes and signs of stroke. Journal of Stroke and Cerebrovascular Diseases. 1992 Jan 1;2(2):85-6.
  • Zargaran A, Mehdizadeh A, Zarshenas MM, Mohagheghzadeh A. Avicenna (980–1037 AD). Journal of neurology. 2012 Feb 1;259(2):389-90.
  • Zargaran A, Zarshenas MM, Karimi A, Yarmohammadi H, Borhani-Haghighi A. Management of stroke as described by Ibn Sina (Avicenna) in the Canon of Medicine. International journal of cardiology. 2013 Nov 15;169(4):233-7.

Kongsi