#asma CORETAN

TANDA DAN GEJALA SERANGAN ASMA

Ramai orang beranggapan bahawa penyakit asma atau lelah merupakan penyakit yang tidak serius dan sering dipandang ringan. Penyakit asma adalah masalah imunologi yang melibatkan jangkitan atau alergi lalu menyebabkan kesukaran bernafas. Ketika pesakit diserang asma, keradangan terjadi dalam laluan pernafasan udara lalu menyebabkan saluran pernafasan di dalam paru-paru menjadi sempit. Terdapat beberapa tanda dan gejala penyakit asma, namun empat yang berikut merupakan yang selalu terjadi, iaitu:

  1. JANGKITAN PERNAFASAN DAN SELESEMA
    Saluran pernafasan terdedah dengan jangkitan yang disebabkan oleh virus atau bakteria yang menyerang manusia dewasa serta kanak-kanak. Mereka yang menyedut udara yang tercemar berisiko menghidap pelbagai penyakit yang disebabkan oleh jangkitan pada saluran pernafasan hingga ada yang boleh membawa maut.
  2. TERDEDAH KEPADA ASAP ROKOK
    Asap tembakau termasuk asap rokok pasif adalah salah satu pencetus utama gejala asma. Malah, pendedahan kepada asap rokok persekitaran atau dikenali sebagai perokok pasif adalah lebih berbahaya daripada merokok sebenarnya.
  3. REAKSI ALAHAN ATAU ALERGI KEPADA DEBUNGA, KULAT, BULU HAIWAN, BULU, HABUK DAN MAKANAN TERTENTU
    Menurut keratan akhbar, hasil kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan bahawa terdapat lebih 300 juta masyarakat di seluruh dunia telah mengalami reaksi alahan dan semakin berleluasa. Pesakit yang menghadapi penyakit asma perlu mengelakkan diri daripada debunga, kulat, bulu haiwan, alahan makanan seperti kacang.
  4. PENCEMARAN UDARA DALAMAN DAN LUARAN, TERMASUK OZON DAN PENCEMARAN ZARAH
    Pencemaran udara boleh mengakibatkan gangguan terhadap saluran pernafasan dan paru-paru. Emphysema, asthma, chronic bronchitis, dan juga kanser paru-paru merupakan bukti pencemaran udara dimana ia mengakibatkan bengkak, radang, pengecilan salur pernafasan, penyakit paru-paru dan kesukaran bernafas dikalangan pesakit. Pencemaran udara juga boleh mengakibatkan keadaan pesakit yang telah mempunyai penyakit berkaitan paru-paru menjadi bertambah kronik.

Terdapat beberapa faktor yang boleh meningkatkan risiko seseorang untuk terkena asma. Seseorang yang memiliki faktor berikut haruslah sentiasa berwaspada dan mengamalkan gaya hidup sihat bagi mengurangkan risiko mendapat asma. Berikut adalah antara faktor-faktor yang boleh mengundang asma iaitu:

  1. TERDEDAHNYA KEPADA ASAP ROKOK
    Mungkin ramai yang tidak menyangka bahawa pendedahan terhadap asap rokok seawal usia kanak-kanak boleh menjadi faktor yang meningkatkan risiko serangan asma. Malah pendedahan terhadap asap rokok boleh mencetuskan penyakit yang lebih kronik seperti kanser paru-paru. Bagi ibu yang merokok ketika hamil, risiko untuk anak mereka mendapat asma juga akan meningkat.
  2. MEMPUNYAI AHLI KELUARGA DENGAN SEJARAH ASMA
    Menurut Juliana J. et al (2002) dalam kajiannya yang melibatkan kanak-kanak penghidap asma di Kuala Lumpur dan Terengganu, hampir separuh daripada kanak-kanak ini mempunyai sejarah keluarga terdekat seperti ibu bapa atau ahli keluarga yang mengidap asma.
  3. MEMPUNYAI ALAHAN ATOPIK
    Menurut kajian, ekzema selalunya kelihatan di bahagian muka, pergelangan tangan, pertengahan siku dan lutut. Kebiasaannya, kanak-kanak sering mendapat ekzema sebelum berumur lima tahun. Kebanyakan kanak-kanak membesar tanpa masalah ini jika mereka tidak menghadapi alahan atau asma.
  4. BERLAKU JANGKITAN BRONKIOLITIS ATAU PARU-PARU
    Menurut Gadomski AM, Scribani MB (2014), beliau telah menerangkan satu jangkitan virus akut paru-paru yang sangat mudah berjangkit lazimnya di dalam bayi berusia 0-12 bulan. Disarankan agar segera dapatkan rawatan jika mengalami penyakit ini.
  5. PERSEKITARAN TEMPAT KERJA
    Persekitaran tempat kerja juga memainkan peranan penting sebagai pencetus serangan asma. Terdedah kepada debu dari kawasan perindustrian dan perkilangan serta asap dan wap kimia boleh meningkatkan risiko mendapat serangan asma.
  6. OBESITI
    Berat badan yang berlebihan di kalangan kanak-kanak dan orang dewasa boleh menjadi faktor yang meningkat risiko serangan asma. Walaupun perkaitannya kurang jelas, sesetengah pekar berpendapat bahawa lebihan berat badan boleh menyebabkan keradangan. Malah kajian mendapat bahawa pesakit obesiti yang mengalami asma mempunyai tanda dan gejala yang lebih teruk berbanding orang biasa.
  7. KELAHIRAN PRAMATANG
    Terdapat kajian yang menerangkan kelahiran pramatang akan meningkatkan risiko mendapat serangan asma dan penyakit paru-paru yang kronik. Bayi pramatang memunyai risiko mendapat asma sehingga 50% berbanding bayi normal. Walau bagaimanapun, kajian daripada Denmark telah mendapati bahawa asma yang kerap berlaku kepada bayi pramatang akan lama-kelamaan hilang apabila bayi tersebut semakin membesar.

RAWATAN DI IBNU SINA WELLNESS

    Rawatan alternatif dilihat sebagai satu perubatan yang berpotensi tinggi dapat merawat pelbagai jenis penyakit termasuklah penyakit asma. Di Ibnu Sina Wellness, rawatan yang dijalankan adalah berdasarkan ilmu perubatan Ibnu Sina yang telah terbukti secara saintifik dapat menyelesaikan masalah penyakit kronik. Rawatan di Ibnu Sina menerusi Overhaul BodyTM dapat menghapuskan punca penyakit dan mengembalikan keseimbangan badan agar tubuh dapat merawat penyakit mengikut Teknologi Fitrah.

RUJUKAN

1. Asthma Risk Factors diperolehi pada 31 Oktober 2020 daripada https://www.lung.org/lung-health-diseases/lung-disease-lookup/asthma/asthma-symptoms-causes-risk-factors/asthma-risk-factors
2. Chinellato I, Piazza M, Sandri M, Paiola G, Tezza G, Boner AL. Correlation between vitamin D serum levels and passive smoking exposure in children with asthma. InAllergy & Asthma Proceedings 2018 May 1 (Vol. 39, No. 3).
3. Devereux G, Seaton A. Diet as a risk factor for atopy and asthma. Journal of allergy and clinical immunology. 2005 Jun 1;115(6):1109-17.
4. Dr. Lim SC, & Dato’ Dr. Lim Nyok Ling (2012) , Bayi pramatang ,http://www.myhealth.gov.my/bayi-pramatang/
5. Dr Norzila Mohamed Zainudin, (2014), Asma semasa Kehamilan dan Penyusuan. https://mypositiveparenting.org/2014/01/16/asthma-in-pregnancy-and-breastfeeding/
6. Fatin Hafizah,(2016)Kesan Pemakanan terhadap alahan , Berita Harian http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/43318/1/08042016115510-0001.pdf
7. Hajah Farhana Tarmudi, (2016) Masalah kulit kronik, https://www.hmetro.com.my/node/111542
8. Jaakkola JJ, Ahmed P, Ieromnimon A, Goepfert P, Laiou E, Quansah R, Jaakkola MS. Preterm delivery and asthma: a systematic review and meta-analysis. Journal of Allergy and Clinical Immunology. 2006 Oct 1;118(4):823-30.
9. Jamaluddin Md. Jahi, Mohammad Rizal Razman Kadar Arifi. (2011). Perundangan berkaitan alam sekitar dan kesihatan manusia. Dlm. Haliza Abd Rahman & Rapeah Suppian. Persekitaran dan Kesihatan Manusia. Sintok. Universiti Utara Malaysia.
10. Juliana J., Zailina H., Nasir M. Taib, Syarifh.L & Jamal H.(2002),Perbandingan Pengaruh Persekitaran Kediaman terhadap Serangan Asma Dl Antara Kanak-Kanak Kuala Lumpur Dengan Terengganu, Malaysia,Jurnal Kesihatan Masyarakat 2002: Jilid 8,http://journalarticle.ukm.my/4407/1/Vol6%28K%29-Bashirah.pdf
11. Marie Ellis (2014) premature babies ‘at higher risk for asthma’, https://www.medicalnewstoday.com/articles/271775.php#1
12. Thomson NC, Chaudhuri R, Livingston E. Asthma and cigarette smoking. European respiratory journal. 2004 Nov 1;24(5):822-33.
13. Von Kries R, Hermann M, Grunert VP, Von Mutius E. Is obesity a risk factor for childhood asthma?. Allergy. 2001 Apr;56(4):318-22.
14. Weitzman M, Gortmaker S, Walker DK, Sobol A. Maternal smoking and childhood asthma. Pediatrics. 1990 Apr 1;85(4):505-11

Kongsi