Punca Penyakit #puncapenyakit CORETAN

Tekanan Mental

Abstrak– Tekanan merujuk kepada pembentukan kepada tingkah laku serta memberi kesan terhadap emosi seseorang individu. Objektif utama adalah untuk melihat hubungan di antara faktor-faktor tekanan kerja serta kesan-kesannya. Penerimaan dan pemahaman bergantung kepada situasi sekeliling. Walau bagaimanapun , kesan-kesan perlu dititikberatkan agar tidak berlaku kes bunuh diri, atau apek yang menyebabkan masalah lain berlaku.

Baru-baru ini , kita digemparkan dengan kematian seorang penyanyi wanita korea. Kes kematian telah disahkan adalah disebabkan gangguan mental yang kronik. Punca-punca disebabkan pelbagai spekulasi yang dihadapi oleh penyanyi tersebut, Sulli. Menurut laporan Media Joong Ang Ilbo , Oriental Dialy Sulli, 25 ditemui mati di bilik tidurnya di tingkat dua di kediamannya di Seongnam, Seoul. Kematian disahkan oleh disebabkan terlalu menghadapi penyakit kemurunagan yaang tinggi sehingga membuat keputusan membunuh diri.

Menurut kenyataan dalam portal My Health , penyakit atau kesihatan dengan kesihatan mental tiada perkataan yang perlu digambarkan. Penilaian dari segi perbandingan budaya , penilaian keseluruhan dan teori professional yang dipraktikkan  telah  mepengaruhi cara dan penilaian ditakrifkan. Dari segi kesihatan mental , adalah satu keadaan yang sejahtera atau aman dengan keadaan sekeliling dinilai tentang keupayaan diri. Secara positif , sesorang itu dapat mengawal tekanan dengan baik , dapat bekerja secara produktif dan memberi sumbangan kepada masyarakat sekeiling , ia bermaksud kesejahteraan , ketenangan individu tersebut memberi impak positif pada masyarakat. Keupayaan diri untuk menyesuaikan diri dalam pelbagai tekanan dan keperluan hidup merupakan ekspresi sesuatu emosi yang berkait dengan kesihatan mental.

Pendahuluan

Kesihatan mental tidak boleh dikaitkan penyakit berjangkit dan berkaita dengan kehilangan nyawa   Namun masyarakat sering terlupa bahawa, masalah kesihatan mental melibatkan bebanan emosi dan bebanan tanggungjawab oleh keluarga pesakit selagi pesakit mental tersebut masih bernyawa. Pengetahuan mengenai kesihatan mental dalam masyarakat tidaklah sehebat seperti pengetahuan terhadap penyakit lain seperti kencing manis, jantung serta kanser. Hal ini, mendapat perhatian semua pihak dengan adanya pelbagi jenis  kempen yang dijalankan di media massa seperti di Facebook, Instagram, Twitter, dan sebagainya untuk mempertingkatkan pengetahuan dan kesedaran masyarakat tentang penyakit tersebut.

Menurut Laporan World Health Organization (2014), pada setiap tahun, lebih daripada 800,000orang di seluruh dunia dianggarkan membunuh diri. Hal ini menunjukkan bahawa kematian akibat bunuh diri adalah dalam setiap 40 saat. Manakala, terdapat lebih daripada 20 kes cubaan bunuh diri bagi setiap satu kes kejadian bunuh diri. Laporan peringkat global juga menjelaskanbahawa bunuh diri berada di antara 10 penyebab utama kematian di dunia dan penyebab kedua kematian bagi mereka yang berumur dalam lingkungan 15-29 tahun.

Ahli keluarga memainkan peranan utama utnuk menjaga pesakit mental. Pesakit-pesakit mental ini memerlukan sokongan dari segi fizikal dan dari segi kewangan perubatan yang perlu ahli keluarga tanggung dengan rawatan kesihatan mental dan penjagaan. Dianggarkan, satu dalam empat ahli keluarga mempunyai penyakit berkaitan  dengan keishatn mental atau gangguan berkait denga tingkah laku. Selain itu , reaksi ahli keluarga tergambar apabila ada salah satu ahli yang mempunyai gangguan mental yang kronik.  Tambahan pula , ahli keluarga juga akan rasa rendah diri disebabkan persepsi negatif (stigma) dan diskriminasi dari sesetengah pihak yang tidak suka bercampur atau lebih dikenali sebagai anti sosial. Rakan- rakan , saudara mara , jiran dan msyarakat setempat yang tidak dapat menerima masalah  atau penyakit yang dihadapi terhadap individu tersebut menyebabkan ahli keluarga diasingkan dari kelompok dan menyebabkan aktiviti sosial dihadkan dan penolakan penyertaan menyertai aktiviti biasa.  Keluarga yang mempunyai pesakit mental ini perlu dititikberatkan dan diberi sokongan supaya mereka tidak diperkecilkan.

Walau bagaimanapun , ahli keluarga yang mempunyai pesakit yang menghadapi masalah mental tidak didedahkan dengan bantuan dari segi  kos bayaran rawatan yang perlu dibayar oleh mereka. Ahli keluarga  juga akan mengalami tekanan yang sama untuk membayar kos rawatan yang diperlukan oleh pesakit rawatan masalah mental di pusat rawatan tertentu. Tambahan lagi , pesakit tersebut menjadi sukar disebabkan tidak mempunyai pekerjaan untuk membayar kos rawatan di pusat rawatan. Dan seterusnya mengambil keputusan untuk tidak mendapatkanl atau meneruskan rawatan lagi.

Mengikut Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan pada tahun 1996,peratus penyakit mental dan masalah mental di kalangan orang dewasa di Malaysia adalah sebanyak 10.7%. Namun golongan wanita didapati mencatatkan 1.5 kali lebih tinggi kadar peratusannya berbanding golongan lelaki dewasa. Kajian ini juga mendapati perbezaan yang signifikan antara rakyat tempatan (10.4%) berbanding pendatang asing (18.4%). Peratusan yang tinggi didapati di kalangan orang yang kematian pasangan hidup (29.2%), orang yang telah bercerai (21.3%), mereka yang telah tiada pelajaran (23.0%), penganggur (27.0%) dan pekerja-pekerja berpendapatan rendah (13.8%).

Menurut kajian yang dilakukan oleh Tatik Suryani & Harry Widyantoro (2001) , dalam kenyataan menyenaraikan empat elemen yang menjadi penyebab tekanan iaitu  lingkungan luar , persekitaran tempat kerja, dan kelompok kerja

  • Lingkungan luar – Kelompok ini didefinasikan sebagai persekitran di luar tempat kerja Merupakan persekitaran di luar tempat kerja yang akan mempengaruhi keadaan kerja. Ini termasuklah orang-orang yang berada di tempat kerja serta persekitaran luar atau lingkungan makro seperti keadaan sosial, perkembangan teknologi, keadaan ekonomi, politik dan lain-lain.

(b) Persekitaran tempat kerja -Merupakan tempat yang sangat berpotensi mendatangkan tekanan. Hal ini berkaitan dengan bebanan kerja, suasana kerja, kebosanan, dan lain-lain lagi. (c) Faktor individu -Sumber dari dalam diri individu itu sendiri yang turut menyumbang kepada wujudnya tekanan yang boleh digolongkan

Gabungan niat  bunuh diri dan tahap toleransi yang tinggi terhadap kesakitan membawa faktor laku bunuh diri. Terdapat lima aspek yanag menjadi tunjang untuk mengukur kecenderungan bunuh diri iaitu :

a) Interpersonal

Interpersonal adalah ditakrifkan sebagai individu yang mempunyai perasaan kehidupan orang lebih baik dan lebih berasa gembira jika diri tidak wujud dalam kelompok tersebut. Individu yang merasa rendah diri dalam kelompok masyarakat yang terlalu menekan dengan persekitaran  sekeliling. Subskala interpesonal juga menyatakan bahawa individu beranggapan dirinya terbeban dan tidak mengambil kisah dengan keadaan sekeliling. Individu juga tidak mempunyai hubungan bermakna dan selalu bersikap kritikal dengan orang lain. Individu juga  selalu menyalahkan diri sendiri atas kesilapan yang dilakukan orang lain. Individu yang melakukan atau mempunyai sifat ini tidak ambil kisah  atau ambil peduli pandangan dan pendapat orang lain terhadap diri sendiri. Individu juga mersakan bahawa hubungan dengan orang lain adalah tidak penting. Individu juga sering menyangka orang lain mengkritik dirinya. .

b) Harapan

Harapan adalah apabila individu menganggap dirinya sudah tidak mempunyai masa hadapan dan lebih mengharapkan kepada kematian dirinya. Individu merasakan bahawa dirinya tidak mempunyai peluang untuk mencapai perkara yang ingin dilakukan dan individu adalah seorang yang tetap berputus ada walaupun orang lain telah menunjukkan jalan penyelesaian. Dalam subskala harapan ini juga, individu tidak dapat melihat kejayaan yang diusahakannya dan tidak menaruh sebarang harapan pada masa hadapannya. Individu juga hanya melihat ketidakseronokan pada masa depan dan setiap perkara yang dilakukan tidak berjaya. Individu juga tidak yakin dengan apa yang dilakukan dan merasakan bahawa mencapai apa yang dirinya kehendaki adalah tidak berguna.

c) Kemurungan

Kemurungan bagi individu sering terfikir, merancang cara dan mempunyai desakan sehingga sanggup membunuh diri. Subskala kemurungan menyakinkan individu bahawa bunuh diri dapat menyelesaikan semua masalah individu yang terlibat. Individu juga pernah mencederakan diri secara sengaja dengan niat untuk membunuh diri dan tidak berasa gembira untuk meneruskan kehidupan. Individu juga tidak lagi mempunyai minat terhadap semua perkara yang pernah dirinya minati suatu ketika dahulu. Individu juga akan cuba menjauhkan diri dari semua orang. Individu sering tidak dapat tidur lena kerana memikirkan pelbagai perkara dan merasakan bahawa kehidupannya adalah satu kegagalan.Kemurungan menyebabkan individu ini tidak sanggup lelapkan mata , takut dan risau menguasai dirinya keran memikirkan perkara- perkara negatif.

d) Stres

Tambahan pula , stres terlampau  juga adalah penyebab individu akan bertindak diluar pemikiran  yang. Stres adalah situasi dimana  individu menghadapi kesukaran untuk bernafas dan menenangkan diri. Individu sering berasa takut tanpa sebab dan cepat berasa gelisah. Individu sukar untuk berfikir secara positif. Anggota badan individu juga sering menggigil setiap kali individu berasa bimbang. Subskala stres juga menyatakan bahawa individu adalah seorang yang sukar membuat keputusan dalam kehidupan dan mudah menjadi panik secara tiba-tiba. Individu juga tidak dapat tidur walaupun mengantuk dan hilang selera makan.

e) Emosi

Emosi dikaitkan apabila individu tidak dapat mengawal emosinya. Individu tidak dapat mengawal emosinya , seperti melenting atau  secara tiba-tiba, sering memendam perasaan sehingga tidak mampu diluahkan dan sukar berkongsi  masalah atau perasaan kepada orang lain . Individu juga adalah seorang yang tidak mengawal kemarahannya apabila marah dan tidak dapat bertenang apabila tertekan. Individu juga tidak suka berkongsi perasaan walaupun dengan orang yang rapat dan apabila dirinya berasa sedih, individu merasakan bahawa tiada apa yang mampu membuat dirinya gembira semula. Apabila individu berasa sedih, dirinya akan menjadi lemah secara fizikal dan sering terfikir untuk membunuh diri. Individu yang beremosi sering merasakan ingin menamatkan kehidupan agar dapat melupakan kesedihan yang dialaminya.

Menurut  Zawanah et al (2015), tekanan bukanlah perkara baru yang baru tercipta tapi sudah pun sebahagian manusia. Setiap orang pasti mengalami suatu tekanan sama ada individu normal atau sebaliknya. Tekanan sudah menjadi lumrah hidup dalam diri sendiri.  Tanpa mengira  usia atau jantina ,ia bergantung kepada kesan minimum dan maksima  individu untuk menghadapi suatu tekanan yang dialami. Tekanan yang berlaku daripada persekitaran seperti masalah ditempat kerja dan keluarga boleh merumitkan lagi keadaan tekanan seseorang dan seterusnya boleh mengakibatkan gangguan kepada kesihatan mental dan juga fizikal.

Pekerjaan

Menurut kajian yang dilakukan , meraka menghabiskan masa lebih kurang 8 jam untuk tempoh bekerja sehari namun tidak hairan sekiranya tekanan utama menyebabkan ramai mengalami masalah ini. Satu tinjauan baru-barur ini mendapati lebih kurang satu pertiga orang , 38% dilaporkan mempunyai tekanan tentang kerja. Tambahan lagi  lebih kurang 59% melalukan panggilan dan 55% memeriksa emel di luar kerja.. Ketidakseimbangan kerja  boleh menyebabkan tekanan terjadi individu yang terlalu fokus  pada kerja

Dalam kajian lain (2017),  92 peratus orang merasakan atau mengalami tekanan kerja ketika berada di tempat kerja., walaupun begitu, 67 peratus adalah disebabkan penambahan kerja setiap hari dan mereka terpkasa melakukan banyak tugaan lain selain kerja hakiki. Kebanyakan kerja yang dilakukan sehingga memaksa  mereka kerja tamabahan ( overtime) bagi memenuhi kerja yang banyak dan perlu disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan. Tekanan di tempat kerja makin bertambah , ia tidak termasuk kerja di rumah

 Tekanan merupakan situasi kerja yang dilihat oleh pekerja sebagai suatu ancaman kerana tiada kepadanan di antara keperluan situasi dan kemampuan seseorang (AbuAlRub, 2004). Selain itu, menurut Robbins (2000), tekanan merupakan satu keadaan dinamik dimana seseorang individu itu menghadapi sesuatu peluang, kekangan atau permintaan berkaitan dengan apa yang mereka kehendaki, namun hasil yang diperolehi itu adalah tidak pasti dan tidak penting. Kekangan telah menghalang seseorang individu itu untuk melakukan sesuatu tugas yang dikehendaki.

Kemurungan pembunuh kedua

Penyakit depresi atau kemurungan telah menjadi satu istilah yang sebati dalam kalangan masyarakat ketika ini. Penyakit ini juga memgundang kepada penyakit mental. Namun, tiada siapa yang tahu kesengsaraan di sebalik penyakit itu jika tidak pernah mengalaminya. Kita selalu mengabaikan faktor yang menyebabkan  kesihatan mental terabai tanda kita sedari . Secara tidak langsung, peningkatan bilangan pesakit akan bertambah setiap tahun disebabkan faktor-faktor yang mempengaruhi masalah ini terjadi. Menurut psikologis iaitu Aiman telah mengupas isu berkenaan penyakit depresi di laman media sosialnya , Twitter , depression bakal jadi pembunuh kedua utama dalam kalangan anak muda menjelang 2020, samada anak muda yang mengalami fasa perubahan atau pun sudah bekerja. Depresi tidak sama dengan stress. Isu peningkatan pesakit mental di Malaysia yang dilaporkan laman media massa ,masa kini sewajarnya membuka mata kita semua.

Antara faktor -faktor negatif yang menyumbang terjadi depresi

  1. Fasa perubahan

Bermula dari sekolah tadika , masuk ke universiti. Selesai universiti , masuk ke alam pekerjaan Dalam fasa perubahan setiap umur yang dilalui sangat singkat. Tambahan pula, tekanan dari keluarga yang ingin mencapai kejayaan. Fasa perubahan yang dilalui memaksa remaja kini terpaksa melalui dengan penuh tekanan sehingga mereka sendiri tidak mampu luahkan pada keluarga. Hal ini , atas desakan keluarga.

  • Quater life crisis

  Faktor ini sangat sesuai untuk individu yang berusia 40 hingga 50 tahun. Tahap ini memang adalalah dikategorikan sebagai sempurna. Pada usia yang ini, semua harta benda memenuhi keperluan contohnya , kerja stabil, keluarga , kewangan , harta atau aset sendiri dan lain-lain lagi. Faktor ini sememangnya sangat gah . Kehidupan yang dikatakan seronok memiliki semua harta tetapi dalam keseronokan ada terselit rasa perasan yang kosong. Pemikiran kewangan dari segi bayar hutang belajar (PTPTN), kereta, rumah , bil-bil lain dan sebagainya

  •  Media sosial

Media sosial adalah pengaruh yang terbesar pada zaman ini. Pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan sehingga depresi terhadap diri sendir terjadi. Biarpun hanya maya semata-mata tetapi memberi kesan negatif untuk kehidupan contohnya membuat status berbaur memerli atau pun ugutan. Bagi yang tidak mengenali pengguna atau individu pasti merasakan status ini hanya sekadar tulisan yang tidak mempunyai perasaan atau intonasi tetapi sebaliknya. Ia akan menyebabkan depresi meningkat sekiranya individu yang mengalami depresi secara senyap, kerana mereka sanggup mendiamkan diri dari meluahkan perasaan kepada orang lain. Situasi lain, seperti :

  1. Buka insta nampak makanan mewah orang lain
  2. Buka Facebook nampak kebahagian orang lain , musuh dan sebagainya
  3. Buka twitter nampak hubungan orang lain

 Biar pun banyak laman media sosial yang memaparkan status begitu, itu hanya untuk ditayang semata-mata , bukan kehidupan sebenar. Pengaruh di lama media sosial seperti lebih mudah kerana penggunaan teknologi hanya dihujung jari sahaja tanpa kawalan pengunaan waktu. Terlalu taksub dengan teknologi sehingga menyebabkan depresi yang kerterlaluan sehingga menganggu kesihatan.

  • Kematangan emosi

Kini, masyarakat kita kurang dibesarkan untuk ada kecerdasan emosi (emotional intelligence) dan hanya mengakui emosi positif  (acknowledge positive emotion). Golongan remaja kini terdorong kepada emosi negatif yang dipengaruhi oleh rakan sebaya. Golongan ini hanya mampu  menenangkan diri dengan beranggapan positif.

TANDA –TANDA KEMURUNGAN

Walaupun dunia kini makin moden, setiap hari pasti masyarakat mengalami kemurungan. Masyarakat masih dalam tahap kemurungan tinggi adalah disebabkan faktor-faktor yang mempengaruhi individu atau kelompok masyarakat yang terlibat. Kesedihan yang berterusan atau angin muram yang berpanjangan selama lebih daripada dua minggu kehilangan minat dan keseronokan dalam aktiviti biasa, kekurangan dorongan dan motivasi yang membuat tugas-tugas dan keputusan mudah menjadi begitu susah atau tidak boleh dilakukan keletihan yang amat sangat.

Tambahan pula, kesusahan dalam menumpukan perhatian atau membuat keputusan gangguan daya ingatan keresahan dan kegelisahan kehilangan atau tambahan dalam selera diikuti dengan kehilangan atau tambahan dalam berat badan kehilangan atau tambahan dalam berat badan kehilangan kemesraan, kehilangan minat dalam seks, kehilangan keyakinan kendiri, menghindari orang meragam rasa bersalah, tidak berguna, serba kekurangan, tidak berdaya dan putus asa berasa lebih teruk pada waktu tertentu dalam sehari, biasanya pada waktu pagi fikiran ingin membunuh diri yang berulang; ini adalah sangat biasa ketika kemurungan dan ini adalah tanda-tanda yang menunjukkan bahawa bantuan diperlukan.

RAMAI WANITA ALAMI KEMURUNGAN

Dalam keratan akhbar baru-baru ini , Presisden Persatuan Psikatrik Malaysia (MPA) Tan Sri Lee Lam Thye tahun lalu  kemurungan bakal menjadi penyakit kesihatan mental utama dialami rakyat Malaysia menjelang 2020. Susulan semakin ramai orang dijangka mengalami peningkatan stres akibat tekanan kerja dan keluarga. Tekanan yang dialami oleh wanita mempunyai kaitan dengan pasangan hidup. Punca utama adalah dikhususkan bagi wanita yang sudah kahwin. Pada tahun 2011 , kajian telah dilakukan menunjukkan masalah keluarga fokus terhadap anak-anak turut menjadi punca utama kemurunagn wanita. Pasangan wanita tersebut sering menghadapi kemurungan  dari segi mental dan fizikal. Masalah kesihatan yang dialami juga menjadikan wanita mudah mengalami kemurungan malahan wanita kedatangan haid setiap bulan turut menyumbang

Tekanan yang diperolehi oleh golongan wanita ini dalam menjalankan peranan dan tanggungjawab sebagai seorang ibu mungkin berpunca daripada masalah dalam menyesuaikan diri dengan peranan sebagai seorang ibu. Transisi kepada alam keibubapaan bukan satu perkara yang mudah. Pelbagai perkara akan turut berubah termasuk peranan, bebanan, perasaan, tanggungjawab dan banyak lagi. Bagi golongan wanita yang pertama kali melahirkan anak, apa yang dihadapi merupakan perkara baru dan asing dalam hidup mereka yang memerlukan penyesuaian dalam pelbagai aspek.

Manakala bagi golongan wanita yang pernah melahirkan anak sebelum ini, walaupun pertambahan anak merupakan suatu perkara yang menggembirakan namun mereka tidak dapat lari daripada berasa terbeban atas pertambahan dalam tanggungjawab dan peranan yang perlu dimainkan. Keadaan yang berlaku ini cenderung untuk menyebabkan golongan wanita yang tidak dapat menerima perubahan yang berlaku ini mengalami tekanan (Bilszta, Ericksen, Buist & Milgrom, 2006).

Selain itu, golongan wanita selepas bersalin ini juga perlu menyesuaikan diri dengan perubahan emosi yang berlaku. Hal ini kerana tempoh yang berlaku selepas bersalin mempengaruhi  satu keadaan emosi yang tidak stabil bagi golongan wanita tersebut (Bilszta et al., 2006). Pelbagai perasaan mungkin timbul termasuk bimbang, takut, risau, sedih, benci dan sebagainya. Emosi yang timbul ini menyebabkan golongan wanita tersebut memikirkan dan melayan emosi tersebut yang akhirnya menyumbang kepada tekanan.

Hal ini mungkin kerana golongan wanita asyik memikirkan emosi-emosi yang hadir yang akhirnya membentuk satu persepsi negatif terhadap peranan dan bebanan yang dipikul sebagai ibu. Keadaan ini secara tidak langsung menyebabkan golongan wanita tersebut tidak dapat menyesuaikan diri dengan tekanan keibuan yang dialami. Tekanan keibuan yang terjadi dalam kalangan wanita selepas bersalin ini mungkin juga disebabkan oleh perasaan individu yang mahu lakukan yang terbaik untuk anak mereka yang menyebabkan mereka berasa tertekan kerana merasakan apa yang mereka lakukan kini sentiasa belum cukup baik untuk anak mereka. Hal ini menyebabkan mereka cuba untuk memberikan yang terbaik dan berasa tertekan apabila merasakan apa yang dilakukan tidak mencukupi (Abidin, 1995).


Kesimpulan

Konklusinya, kebanyakan  faktor yang perlu di ambil kira. Masalah yang dihadapi sehingga menyebabkan individu mengambil keputusan membunuh diri. Masalah yang dialami seperti kemurungan , tekanan dan penyakit lain cenderung untuk mengambil keputusan ini . Sememangnya, masih ada jalan penyelesaian untuk menyelesaikan masalah ini dengan rawatan alternatif bagi merawat kemurungan (depression) , tekanan (stress) dan kebimbangan (anxiety). Jika dilihat dari segi faktor-faktor yang dinyatakan , ia berkait rapat dengan jiwa pesakit. Individu yang mengalami masalah ini, mereka memerlukan rawatan awal. Di Ibnu Sina Wellness, bukan sahaja untuk rawatan kanser sahaja, malah untuk pesakit yang mengalami masalah ini. Rawatan alternatif yang diberikan bukan sekadar jasad, malah diikuti jiwa dan seterusnya untuk roh. Dapatan ini memberi implikasi pentingnya menyaring kecenderungan untuk mengalami kemurungan,  agar dapat membantu dalam pencegahan awal gejala kemurungan selepas bersalin dari terus menjadi wabak dalam diri


RUJUKAN

1. Dr. Firdaus ( Jan 2019), Memahami masalah kesihatan mental ; Portal MY Health , http://www.myhealth.gov.my/memahami-masalah-kesihatan-mental/
2. Tatik Suryani & Harry Widyantoro. 2001. Analisis Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Tingkat Stress Kerja pada Tenaga Edukatif Tetap Perguruan Tinggi Swasta di Surabaya. Jurnal Manajemen Sumber Daya Manusia, 1-12.
3. Zawanah M.R (2015), Hubungan Antara Faktor Tekanan Dengan Kesan Tekanan Dan Prestasi Kerja Guru Di Sekolah Menengah Daerah Kota Tinggi, Johor; UTM
4. Bilszta, J., Ericksen, J., Buist, A., & Milgrom, J. (2006). Women’s experience of postnatal depression –beliefs and attitudes as barriers to care. Australian Journal Of Advanced Nursing, 27,(3), 44- 54.
5. Abidin, R. R. (1995). Parenting Stress Index: Professional Manual. Odessa FL: Psychological Assessment Resources, Inc.
6. Nurul Riduan (Mei 2019 ),Depresi pembunuh senyap remaja Malaysia Sinar Harian ,https://www.sinarharian.com.my/article/29093/Analisis-Sinar/Depresi-pembunuh-senyap-remaja-Malaysia
7. AbuAlRub, R. F. (2004). Job Stress, Job Performance, and Social Support Among Hospital Nurses. Journal of Nursing Scholarship, 36:31, 73-78.
8. Dalton, S.O., Boesen, E.H., Ross, L., et al. 2002. Mind and cancer: do psychological factors cause cancer? European Journal on Cancer. 38: 1313-1323.
9. Dong, J.Y. & Qin, L.Q. 2011. Dietary glycemic index, glycemic load, and risk of breastcancer: meta-analysis of prospective cohort studies. Breast Cancer ResearchTreatment. 126 : 287-94.
10. Engel, G.L. 1977. The need for a new medical model : a challenge for biomedicine. Science.197(4286), 129-136
11. Farooqui, M., Hassali, M. a, Shatar, A. K., Shafie, A. a, Seang, T. B. & Farooqui, M. a. 2011. A qualitative exploration of Malaysian cancer patients’ perspectives on cancer and its treatment. BMC public health, 11(1), 525.
12. Forlenza, M.J. & Baum, A. 2000. Psychosocial influences on cancer progression: alternativecellular and molecular mechanisms. Curr Opin Psychiatr. 13: 639-645.
13. Freund, P.E.S & McGuire, M.B. 1991. Health, Illness and the Social Body : A CriticalSociology. Englewood Cliffs, New Jersey: Prentice Hall
14. Gandini, S., Merzenich, H., Robertson, C. & Boyle, P. 2000. Meta- analysis of studies onbreast cancer risk and diet: the role o fruit and vegetable consumption and the intake of associated micro nutrients. European Journal on Cancer. 36: 636-46.
15. Green, M. & Raina, V. 2008. Epidemiology, screening and diagnosis of breast cancer in theAsia-Pacific region: Current perspectives and important considerations. Asia-Pacific



Kongsi