#puncapenyakit Punca Penyakit

Teknologi Menjauhkan Jarak Dan Jurang, Menjadikan Kita Begitu Lupa

Spread the love

Abstrak—Pembangunan dan kemajuan teknologi mobil yang berkembang pesat setelah teknologi mobil ini diterapkan dalam sistem pendidikan di Malaysia telah memberi peluang untuk pelajar bermotivasi dalam mempelajari semua bidang secara mendalam dengan menggunakan teknologi pembelajaran mobil atau m-pembelajaran. Seperti yang telah dijangkakan, telefon bimbit pintar berteraskan pelantar Android, iOS dan sebagianya. Ia telah menjadi alat komunikasi yang amat diperlukan bagi kebanyakan orang, terutama sekali pelajar.

Pendahuluan

Masyarakat dunia hari ini telah diterapkan dengan penggunaan alat eletronik seperti komputer peribadi (PC) , dan yang terkini adalah komputer riba (laptop) dan  telefon mudah alih (handphone). Menurut kamus pelajar Edisi Kedua (Dewan Bahasa dan Pustaka) maksud telefon bimbit ditakrifkan sebagai telefon mudah alif tanpa wayar yang berfungsi dengan menggunakan isyarat gelombang. Dalam tempoh beberapa puluh tahun yang lalu, masyarakat dunia dihebohkan dengan pengaruh buruk penggunaan alat eletronik yang mampu membuatkan kanak-kanak dan remaja hanyut dengan teknologi semasa. Malah, diskusi mengenainya masih menemui jalan penyelesaian sehingga hari ini .Hari ini , diskusi yang dibuat mengenai pengaruh buruk terhadap internet berkait dengan golongan terbabit semakin menjadi buah mulut sehingga hari ini mampu mencapai ke menembusi pasaran dunia . ( Sulaiman S.et al 2017).

Golongan remaja monopoli industri teknologi

Pada hari ini, media sosial dimonopli oleh golongan remaja. Ia amat mudah untuk melayari disebabkan kemudahan yang disediakan keluarga bagi melayari media sosial seperti telefon bimbit atau telefon pintar. Pengisian di laman media sosial setiap masa terus dimasukkan pelbagai maklumat dan kandungan yang berupaya menyumbang kepada perkembangan personaliti remaja, samada berbentuk baik atau sebaliknya.

Menurut Ismail Zain (2003) , statistik Majlis Teknologi Maklumat Kebangsaan (NITC) , Malaysia pada tahun 2010 mencatat mencecah 16.9 juta orang merupakan pengguna internet setiap hari. Di Malaysia, antara rangkaian sosial yang paling popular ialah laman sosial seperti “Facebook” dengan catatan kira-kira 6.2 juta pengunjung (Shahrizan Salian, 2010).

Menurut Mohd Abu Bakar (Nov 2010), golongan terbesar yang terjebak dalam gejala tidak sihat ini dalam kalangan masyarakat , adalah golongan remaja. Golongan ini masih dianggap mentah dan belum nampak hala tuju hidup . Dalam mencapai matlamat hidup masalah Ini perlu ditangani secara berkesan. Kita perlu berpijak di bumi yang nyata. Sememangnya, masalah tidak akan selesai sekiranya punca-punca dan faktor-faktor penyumbang permasalahan remaja kini.

Kehadiran Web 2.0 yang kemudiannya disusuli dengan penciptaan telefon pintar serta peralatan teknologi komunikasi yang canggih menjadikan fungsi keibubapaan dan pendidikan lebihkompleks dan mencabar. Media sosial merupakan aplikasi yang menggunakan teknologi Web 2.0 dan memberi peluang kepada pengguna untuk menghasilkan bahan-bahan dalam pelbagai bentuk seperti teks, audio dan video yang dapat dikongsi dengan pengguna lain (Mohammad Rezal, 2016). Menurut Mohammad Rezal lagi, media sosial juga boleh ditafsirkan sebagai aplikasi yang menggabungkan pelbagai fungsi sosial seperti kerjasama, perkongsian,kebebasan, keterbukaan, interaktif dan penglibatan.

Dalam artikel Harian Metro ( April 2015), rakyat Malaysia khususnya mempunyai lebih daripada satu telefon untuk kegunaan asas. Hasil kajian anggaran 47 peratus pengguna memiliki lebih dari satu telefon bimbit. Peningkatan di rantau Asia Pasifik di Malaysia merupakan jumlah pengguna yang memiliki. Suhada (2015), membuat kesimpulan  Dengan kuantiti dan kekerapan penggunaan, tidak mustahil jika penulis simpulkan bahawa kita tidak menyedari risikonya terhadap kesihatan.

Hamdan, Din & Abdul Manaf (2012), menyatakan bahawa telfon pintar memberi dan memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seharian sebagai medium untuk berkominikasi dan berjaya dimonopoli oleh golongan remaja.

Masyarakat kini lebih melayari perisian seperti Facebook, Twitter , Wikipedia , Whatsapp . dan sebagainya melalui telefon pintar. Disebabkan mudah dibawa ke mana sahaja bagi melayari perisian yang sentiasa akan ditambahbaik bagi mengikut peredaran teknologi semasa. Peredaran teknologi yang sentiasa ditambahbaik .

Walau bagaimanpun , menurut Profesor Madya Dr. Mansor Abu Talib, beliau merupakan pensyarah dari Jabatan Pembangunan Manusia dan Pengajian Keluarga,Universiti Putra Malaysia (UPM),  beliau berpendapat dari pengalaman dan pemerhatian ketika pelajar berada di kuliah, dan bersetuju mengenai fokus pelajar- pelajar akan terjejas dan hilang fokus untuk belajar  sekiranya penuhi masa dengan melayari laman web atau media sosial , melihat email atau ber whatsapp  menggunaka nmedium telefon pintar. Tambahan pula keadaan ini mengganggu dan rakan sekelas juga akan turut mengalih fokus yang berada berhampiran dan rakan yang lain. Bukan itu sahaja, fokus pensyarah turut terjejas akibat gangguan ini dan perhatian yang diberikan oleh pelajar kepadanya.

Jadual 1 : kajian yang dilakukan oleh Duggan dan Smith pada 2012 hingga 2013

Laporan dalam artikel social media update 2013, (jadual 1) oleh Duggan dan Smith (2013)bahawa masyarakat lebih kepada laman web Facebook dan Twitter adalh majoriti dalam kategori umur yang berusia 18 hingga 29 tahun,

Tambahan pula, masyarakat kini diberikan kemudahan dalam perkhidmatan tanpa wayar ( wifi)  yang terdapat di mana-mana sahaja seperti restoran makanan segera , lapangan terbang , hotel , pusat beli belah dan kawasan perumahan yang menyediakan perkhidmatan ini memudahkan masyarakat mengakses internet dengan mudah Sehubungan dengan itu , kebanyak penduduk samada di kawsan bandar mahupun kawsan luar bandar kini sudah memilik perkhidmatan internet jalur lebar bagi memudahkan mereka mengakses laman media soosial pada bila-bila masa mengikut keperluan mereka. Tiada golongan mahu menggunakan teknologi dengan facebookwhatapps, serta “online games”. Wadah sosial ini telah berubah menjadi kebergantungan menggunakan teknologi maklumat. Lantaran itu jika dilihat kebelakangan ini golongan warga emas, dewasa, remaja dan kanak-kanak turut menjadi pengguna tegar internet.  Perubahan sikap ini dianggap satu kemajuan jika diukur daripada perspektif positif.

Penggunaan Media Sosial untuk Golongan Remaja

Menurut Jamiah H., Mohd Rezal H, &Aizan Sofia.A (Nov 2016) kajian mereka mendapati, secara purata remaja generasi Z yang dikaji menggunakan media sosial selama 696 minit (11.6 jam) sehari. Data ini belum ditambah dengan penggunaan internet bagi tujuan lain seperti pencarian maklumat dan bermain game secara dalam talian. Penggunaan media sosial mencapai tahap yang kritikal apabila sebilangan remaja akhir memperakui bahawa mereka menggunakan internet selama 24 jam. Dapatan kajian menunjukkan bahawa sebanyak lapan (8) jenis aplikasi media sosial digunakan secara meluas oleh remaja yang dikaji iaitu Facebook, Youtube, Twitter, blog, Whatsapp,WeChat, Telegram dan Instagram (Rujuk Jadual 1). Secara purata, tempoh masa penggunaan media sosial yang paling lama dalam sehari oleh remaja ialah Whatsapp (4.0 jam). Ini diikuti oleh WeChat (2.6 jam), Facebook (1.8 jam) dan Instagram (1.8 jam)

Whatsapp merupakan media sosial yang paling popular dalam kalangan remaja akhir. Ini kerana menurut kajian yang dilakukan , perisian Whatsapp mempunyai ciri-ciri seperti lebih mudah dan privasi berbanding media sosial yang lain untuk berhubung dengan keluarga dan rakan-rakan. Manakala Facebook pula berperanan sebagai medium untuk pencarian maklumat terkini dan membina jaringan. Selain itu, Instagram dilihat sebagai saluran untuk mendokumentasikan aktiviti harian dalam bentuk video dan gambar. Bagi remaja awal dan remaja pertengahan, WeChat merupakan aplikasi media sosial yang paling popular digunakan untuk berinteraksi dan menjalinkan perhubungan secara langsung.

Jadual 1: Menunjukkan hasil responden yang melayari laman media sosial yang dilakukan oleh Jamiah H., Mohd Rezal H, &Aizan Sofia.A (Nov 2016)

MODEL PENERIMAAN TEKNOLOGI

Masyarakat kini masih tidak mengendahkan kesan -kesan yang bakal mereka perolehi sekiranya tabiat obses terhadap tek­nologi ini diteruskan tanpa ada had. Menurut kajian yang dilakukan oleh Analisa H, Rosseni D., Siti Zuraida AM ,(2012) terdapat beberapa elemen yang memberi kepada masyarakat . Antara nya :

  1. Jangkaan prestasi
  2. Jangkaan usaha
  3. Prestasi Sosial
  4. Keadaan kemudahan
  5. Niat tingkah laku

Rajah 1 : Model penerimaan teknologi

A. Jangkaan Prestasi

Jangkaan prestasi (PE) adalah suatu tahap yang menyakinkan bahawa penggunaan teknologi yang mereka perolehi mmampu membantu meningkatkan prestasi [6]. Dengan menggunakan peranti mudah alih seperti iPad, telefon bimbit pintar, tablet pc dan sebagainya membantu pelajar untuk melayari dan mencari bahan-bahan pembelajaran dan ia dapat menjadi alat kominukasi  dengan guru dan rakanrakan. Pengenalan teknologi Web 2.0 telah membuka peluang untuk kelas maya, perbincangan dalam talian dan memuat turun bahan-bahan kursus serta aplikasi-aplikasi mpembelajaran dengan menggunakan sebarang peranti mudah alih.

B. Jangkaan Usaha

Jangka usaha (EE) merujuk kepada cara penerimaan sama ada sukar atau mudah tentang sesuatu teknologi dengan efikasi kendiri Untuk menggunakan sistem ini sepenuhnya, pelajar perlu faham dan yakin  bahawa sistem m-pembelajaran (m-learning) sepadan dengan keperluan dan nilai mereka. Kajian-kajian lepas telah menunjukkan bukti dimana signifikan yang disediakan berkaita terhadap niat tingkah laku. Efikasi kendiri adalah penentu yang berkuasa dan terus terhadap tingkah laku individu pada penggunaan sebenar sistem atau niat untuk menggunakan sistem.

C. Pengaruh Sosial

Pengaruh sosial (SI) adalah suatu tahap yang diperlukan ( keyakinan) oleh individu tersebut percaya orang yang penting bagi individu tersebut harus menggunakan teknologi. Suatu pengaruh sosial adalah penentu yang berkait terhadap dengan niat tingkah laku . Dalam konteks ini, pengaruh sosial ditakrifkan sebagai suatu tahap seseorang pelajar percaya individu yang penting bagi pelajar tersebut harus menggunakan peranti mudah alih.

D. Keadaan Kemudahan

Keadaan Kemudahan (FC) adalah suatu tahap di mana seseorang individu percaya organisasi dan infrastruktur teknikal wujud untuk menyokong penggunaan sebuah sistem atau persekitaran m-pembelajaran . Definisi ini diambil daripada konsep tiga gagasan yang berbeza iaitu kawalan tingkah laku dilihatkedaan kemudahan dan kesesuaian . Keadaan Kemudahan adalah faktor persekitaran yang membuat sesuatu tindakan mudah

E. Niat Tingkah Laku

Niat Tingkah Laku merujuk kepada niat yang terlalu kuat terhadap penggunaan aplikasi dan teknologi m-pembelajarandalam proses pembelajaran pelajar [6]. Soal selidik yang mewakili niat tingkah laku akan menunjukkan tempoh masa niat sesuatu tingkah laku yang dirancang akan dilaksanakan. Keadaan ini menunjukkan bahawa niat adalah kuat dan telah dirancang dengan sebaik mungkin.

KESAN PENGGUNAAN GAJET DALAM KEHIDUPAN

Apabila masyarakat kini tidak ambil peduli lagi tentang kesan yang bakal mereka perolehi menyebabkan penjagaan untuk kesihatan akan diabaikan secara keseluruhan . Terdapat beberapa kesan yang perlu diambil perhatian. Tanpa kita sedari , sebenarnya kita telah banyak terdedah kepada kesan yang negatif yang menyebakan kita tidak dapat melakukan aktiviti rutin seperti biasa.” Mencegah adalah lebih baik dari mengubati”. Tetapi kita cuba mencegah dengan mengenali terlebih dahulu kesan yang menyebabkan terjadi masalah ini.

Menurut Zaiti S. (2017) sudah menjadi rutin sejurus bangun pagi , kita akan melayari laman media sodial untuk lihat notifikasi atau berita terkini.. Begitu juga aktiviti sebelum tidur , kita juga akan memeriksa telefon untuk pastikan sesuatu.. Namun demikain ia menggambarkan gaya hidup di Malaysia kini dan seluruh dunia juga melakukan aktiviti yang sama. Tambahan lagi , secara puratanya masyarkat kini banyak menghabiskan masa antara lima hingga lapan jam sehari menatap skrin digital termasuk pendedahan kepada pelbagai jenis perkakas seperti komputer riba, komputer, telefon pintar, tablet dan televisyen. Penggunaan pelbagai skrin digital ini adalah amalan harian yang disesuaikan oleh populasi digital Malaysia yang kian meningkat dalam mendapatkan berita dan maklumat serta menjalankan tugas mereka di tempat kerja.

  1. Tumpuan Kuman

Menurut Chawla K et al (2009 ) dalam kajian yang dilakukan terhadap 40 orang responden di India , sebanyak 92.5 peratus ( 37 orang ) memberikan respon bahawa telefon pintar membawa bakteria. Acap kali, telefon pintar di bawa ke mana-mana sahaja termasuk ke dalam tandas. Budaya ini menyebabkan telefon pintar akan sentiasa 24 jam berada ditangan sehingga waktu tidur juga dibawa ke tempat istirehat.

Telefon pintar yang aktif , menghidupkan ribuan mikrob yang hidup setiap inci persegi (Ekrakene T. & Igeleke C. L. 2007). Telefon pintar yang sentiasa dibawa ke mana-mana sahaja menyebabkan bakteria hidup lebih aktif.

  • Ganggu tumpuan

Situasi ini sering terjadi dan tidak perlu disangkal lagi, jika dilihat dari segi negatif , telefon mampu menganggu fokus kita walau dimana sahaja terutamanya ketika memandu dan belajar. Hari ini, kita lebih kebergantungan terhadap telefon pintar membuatkan kita tidak memikirkan mengenai bahaya lain sehingga sanggup meletakkan diri dalam bahayaa tanpa kita sedari .Menurut, Marcel A.J et al.(2008), sekiranya seseorang fokus melayari Internet di telefon terutamanya ketika memandu , pengaktifan otak akan menurun sebanyak 37 peratus daripada kelajuan otak asal. Ia akan membuatkan melambatkan proses maklumat daripada perbualan realiti. Pada masa yang sama, pengaktifan sel yang dikaitkan dengan pemprosesan ruang dalam tugas memandu tidak terganggu menurun secara serentak mendengar ayat. Hasil kajian menunjukkan bahawa kefahaman bahasa yang dilakukan serentak dengan pemanduan yang menarik dari sumber mental dari memandu dan menghasilkan kemerosotan dalam prestasi memandu, walaupun ia tidak memerlukan memegang atau mendail telefon. Mungkin boleh mengakibatkan kemalangan maut atau kemalangan kecil ketika memandu disebabkan telefon pintar ini.

C. Mewujudkan Sikap Malas

Kebiasaan permainan online akan membuatkan masyarakat begitu mengasyikkan   dan membuang masa disebabkan terlalu menghadap dengan permainan di laman web. Sikap malas yang timbul akan mengakibatkan remaja terlalu menumpukan kepada gajet masing sehingga tidak dapat bergerak aktif untuk melakukan aktiviti lain. Ketagihan bermain permainan online membuatkan masa yang produktif diabaikan begitu sahaja.

D. Ketagihan Permainan Komputer

Seterusnya , ia akan menyebabkan ketagihan sudah pasti meninggalkan kesan  yang negatif. Remaja akan menghabiskan masa yang banyak di komputer dan juga bersosial secara maya dengan gajet masing-masing. Tidak mengira masa dan lokasi tidak lagi menjadi isu asal sahaja ada capaian internet maka ketagihan terhadap permainan mahupun bersosial akan dilakukan demi melepaskan ketagihan.

Tambahan lagi, ia akan menjadi rantaian kehidupan dan ketagihan terhadap permainan online tidak dapat elakkan. Masa yang berharga hanya dibiarkan berlalu demi ketagihan gajet. Ini adalah impak yang amat tidak baik kepada remaja. Malam hari dihabiskan dengan melayari internet dan ini akan memburukkan lagi keadaan bahkan boleh menyebabkan remaja mengalami masalah kesihatan.

  • Anti-sosial

Secara umumnya, masyarakat hari ini sudah terlalu menumpukan laman sesawang sehingga tiada masa untuk keluarga. Apabila terlalu menumpukan, ia memberikan impak untuk menjadi anti-sosial. Menurut hasil kajian yang dilakukan oleh Mira Adila M.S , Noor Hafizah H. & Sulfeeza MD (2017), guru menjawab bahawa golongan kanak-kanak lebih cenderung melayari internet untuk tujuan lain. Mereka terdedah kepada permainan online sahaja. Mereka juga boleh menjadi ketagih pada aspek teknologi dengan menghabiskan masa untuk melayari internet dari mengulang kaji pelajaran.

  • Susah Tidur

Boleh dikatakan sudah menjadi aktiviti wajib untuk memeriksa telefon sebelum tidur. Padahal tanpa diketahui, cahaya daripada telefon mampu membuatkan kita sukar untuk tidur. Belum lagi dikira dengan beberapa jam masa dihabiskan untuk memeriksa media sosial lain, pastinya waktu tidur makin berkurang dan lama kelamaan, kesihatan pasti merosot.

  • Internet dan Aktiviti Seks

Teknologi ICT dan perubahannya dalam perkara yang dianggap paling sensitif dalam masyarakat juga turut dikaji. Dalam satu tinjauan yang dibuat di USA dari tahun 1989 sehingga 2000 tentang aktiviti seks dan perkaitan dengan Internet didapati bahawa aktiviti seks didapati menurun dengan bertambahnya jumlah masa yang digunakan bagi melayari Internet. Bagi pengguna-pengguna Internet yang tinggi (10+ jam seminggu), didapati aktiviti seks mereka kurang sebanyak 12 peratus berbanding pegguna Internet yang sederhana (0-2, 2-5 atau 5-10 jam seminggu) (Robinson & Shanks, 2002).

Walau bagaimanapun , kesan buruk terhadap budaya atau masyarakat menyebabkan ketidakadilan aliran transormasi akan sering berlaku dan seterusnya mengelirukan golongan khususnya golongan remaja. Informasi yang tidak seimbang akan menyebabkan menglirukan permikiran , pandangan , penjellasan yang berbagai-bagai penonton menegnai sesuatu isu yang disiarkan di media sosial dan media massa. Namun begitu , ia menjadi agen perubahan dan agen sosialisasi sekiranya perubahan ketara di alami ketika ini. Golonagn remaja bakal menjadi pelapis harapan negara untuk memimpin organisasi. Seharusnya, golongan ini diberikan hak perlindungan yang sewajarnya untuk memastikan mereka tidak menjadi golongan yang menjadi tikus makmal terhadap perubahan atau kesan buruk media sosial.

Kesimpulan

Teknologi seperti telefon pintar , laptop dan peralatan elektronik merupakan satu medium penting untuk semua golongan terutamanya golongan masyarakat yang minat  dan taksub dengan teknologi yang sering kali penambahbaikan setiap masa. Ia menjadi satu peralatan (medium) komunikasi dan pelajaran. Walau bagaiamanapun , penggunaan teknologi bagi melayari lamanmedia sosial yang mendapat perhatian seluruh dunia turut memberikan kesan negatif kepada golongan remaja sekiranya golongan ini penyalahgunaan serta sistem media sosial yang rendah dan lemah.

Namun begitu, jangan dipandang rendah setiap teknologi dimana ibarat cendawan tumbuh selepas hhujan. Pelbagai kesan negatif yang diperolehi sekiranya sistem yang dibuat. Sehubungan itu, ibu bapa perlu memastikan mereka mempunyai kecerdasan digital yang tinggi dan bersikap telus dengan ibu bapa sebelum memberikan mereka kebebasan untuk menggunakan media sosial  bagi mengelakkan gologan remaja tidak terlalu taksub dengan teknologi yang canggih masa kini

Pendidikan dan pemantauan yang ketat perlu diberikan sebaik sahaja ibu bapa mendedahkan anak-anak kepada media sosial. Gejala ketagihan media sosial pula perlu dikenalpasti dan dirawat dengan segera untuk menghindari situasi yang lebih buruk berlaku. Kesimpulannya, media sosial ibarat stok makanan disebuah pasaraya. Setiap satunya perlu diteliti sebelum dibeli dan dibawa pulang oleh pengguna. Setelah itu, ia perlu diproses dengan baik agar dapat dimanfaatkan untuk kesejahteraan diri, keluarga dan komuniti. Dalam pada itu, pengambilannya mestilah pada kadar yang seimbang dan tidak melebihi daripada keperluan agar tidak menjejaskan kesihatan.

Kebanyakan rawatan hari ini , banyak tertumpu kepada rawatan moden namun ada beberapa jenis penyakit seperti ini boleh dirawat menggunakan rawatan alternatif. Tambahan lagi , rawatan alternatif yang dijalankan juga memberi perkhidmatan merawat penyakit-penyakit kronik seperti kanser , darah tinggi dan lain-lain lagi.Mengikut kesesuaian jenis penyakit yang dialami. Melalui simptom-simptom yang menyebabkan penyakit kronik , rawatan alternatif juga mampu dirawat tanpa menggunakan ubatan kimia berbahaya.

Rujukan

1. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. 2010. Laporan Tahunan Pelbagai Tahun 2000-2011.
2. Mohd Abu Bakar (Nov 2010), kajian gejala sosial di kalangan pelajar Institusi Pengajian Tinggi, Universiti Teknologi Malaysia, Suhada 3. M, April 2015 , Teknologi ganggu kesihatan , Harian Metro ;https://www.hmetro.com.my/node/47169
4. Hamdan, A., Din, R. & Abdul Manaf, S. Z. (2012). Penerimaam MPembelajaran dalam Sistem Pendidikan di Malaysia. The    Unified Theory of Acceptance and Use of Technology (UTAUT): Satu Analisis Literatur. UKM, Malaysia 1st International Conference on Mobil Learning, Applications, and services (mobilcase2012)
5. Nur Amalina RA (Jun 2016) , Implikasi penggunaan telefon bimbit di bilik kuliah dalam kalangan pelajar komunikasi UPM,Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia
6. Robinson & Shanks, ( 2002) Transforming Enterprise: The Economic and Social Implications of Information Technology; The social impact of the Internet ,page 443-450
7. Mira Adila M.S , Noor Hafizah H. Sulfeeza MD (2017),Impact Of ICT And Electronic Gadget Among Young Children In Education: A Conceptual Model
8. Marcel A.J, Timothy A. K, Jacquelyn C, (2008), A decrease in brain activation associatedwith drivingwhen listening to someone speak
9. Ekrakene T. & Igeleke C. L. (2007). Micro-organisms associated with public mobile phones along Benin-Sapele Express Way, Benin City, Edo State of Nigeria. J. Applied Sci. Res. 3:9-12.
10.Chawla K, Mukhopadhayay C, Gurung B, Bhate P, Bairy I. (2009) Bacterial ‘Cell’ Phones: Do cell phones carry potential pathogens? Online J Health Allied Scs. 2009;8(1):8
11.Zaitie Satibi  2017 , tekanan digital mata , Harian  Metro   ,https://www.hmetro.com.my/sihat/2017/08/250763/tekanan-digital-matac
12.Im, I., Hong, S. & Kang, M. S. (2011). An international comparison of technology adoption Testing the UTAUT model, Information & Management, 48, 2011, p. 1-8.
13.Venkatesh.V , Morris MG, Davis F.D dan Davis G.B (2003). User Acceptance of Information Technology , Toward a Unified View , MISQuarterly, 27. 2003 , p425-478
14.Raman, M. & Jambulingam, M. (2012). Adoption of Mobile Technology in a Learning Environment. International Conference on Emerging Trends of Computer & Information Technology ( ICETCIT 2012 ) –India, 2012
15.Sumak, B., Polancic, G., & Hericko, M. (2010). An empirical study of virtual learning environment adoption using UTAUT. Paper presented at the 2010 Second International Conference on Mobil, Hybrid, and On-Line Learning, Cancun
16.Jamiah H., Mohd Rezal H, &Aizan Sofia.A (Nov 2016), Penggunaan dan Implikasi Media Sosial Terhadap Remaja Generasi Z, Universiti Kebangsaan Malaysia,
17.Duggan, M., & Smith, A. (2013). Social media update 2013: 42% of online adults use multiple social networking sites, but Facebook remains the platform of choice. Retrieved from http://www.pewinternet.org

WhatsApp chat