Cegah Penyakit CORETAN

TOKSIN PUNCA KANSER PAYUDARA DAN RAHIM

Kanser rahim dan payudara merupakan kanser yang paling kerap menyerang dan membunuh wanita bukan sahaja di Malaysia malah di dunia. Terdapat pelbagai pendapat mengenai penyebab kepada kedua-dua kanser ini. Antara pendapat yang popular adalah toksin sebagai penyebab kanser rahim dan payudara.

Berikut adalah contoh-contoh toksin yang menjadi penyebab kanser payudara:

  • Sista (cyst) meningkatkan risiko mendapat kanser payudara.
  • Menopos awal meningkatkan risiko mendapat kanser payudara.
  • Rawatan radiasi di bahagian dada boleh menyebabkan seseorang mendapat kanser payudara
  • Asap rokok dan merokok menyebabkan kanser payudara.
  • Pengambilan ubat pencegah kehamilah boleh menyebabkan mendapat kanser payudara.
  • Pencemaran logam berat boleh menyebabkan kanser payudara.
  • Pengambilan minuman keras boleh meningkatkan risiko mendapat kanser payudara.
  • Ketidakseimbangan hormon yang disebabkan oleh haid di usia awal (bawah 11 tahun) boleh meningkatkan risiko kanser payudara.

Berikut adalah contoh-contoh toksin yang menjadi penyebab kanser rahim:

  • Polip dan fibroid boleh meningkatkan risiko mendapat kanser rahim.
  • Stress menyebabkan penghasilan cortisol di otak dan mengganggu penghasilan hormon estrogen lalu menyumbang kepada kanser rahim
  • Penggunaan ubat kencing manis dan kolesterol untuk jangka panjang meningkatkan risiko mendapat kanser rahim.
  • PBDE, polybrominated diphenyl eters sebagai toksin perosak endokrin dan boleh menyerupai estrogen dapat meningkatkan insiden kanser rahim.
  • Racun serangga seperti endosulfan, toxaphene, dan dieldrin mempunyai kesan estrogenik dan berpotensi tinggi menyebabkan kanser rahim
  • Lemak dan kolesterol meningkatkan risiko kanser rahim.
  • Serangan virus seperti herper simples jenis I dan II, serta virus papilloma meningkatkan risiko mendapat kanser rahim.

Selain itu, gangguan kitar haid juga dikatakan menyumbang kepada pembentukan kanser. Aktiviti kitar haid yang terganggu adalah disebabkan oleh toksin yang terkumpul dalam bentuk darah kotor dan berasid yang tidak dapat dikeluarkan secara sempurna. Ini menyebabkan keadaan terlalu berasid dan boleh membuatkan sel-sel mengalami perubahan dan bertukar menjadi sel kanser. Penggunaan ‘panty liner’ dan pencuci intim bagi menangani keputihan juga boleh menyebabkan jangkitan patogen penyebab kanser. Keputihan adalah cecair yang keluar sebelum kitar haid berlaku. Keputihan yang normal biasanya disebabkan oleh perubahan hormon estrogen dan berfungsi untuk memelihara bakteria baik di dalam vagina dan mengekalkan pH dan nutrien yang ada. Dengan ini, amatlah digalakkan bagi wanita menggunakan herba seperti kunyit dan manjakani supaya dapat membantu memperbetulkan ketidakseimbangan ini dan mengelakkan risiko mendapat kanser.

RAWATAN DI IBNU SINA WELLNESS

Ibnu Sina Wellness sebagai sebuah pusat perubatan alternatif dan komplementari telah membantu ramai pesakit kronik terutamanya pesakit kanser payudara dan rahim. Sehingga kini, banyak testimoni pesakit yang telah berjaya sembuh dengan izinNya. Rawatan di sini berasaskan ilmu perubatan Ibnu Sina yang telah terbukti secara saintifik dapat menghapuskan punca kanser payudara berdasarkan teknologi fitrah.

RUJUKAN

  • Allen JG, Gale S, Zoeller RT, Spengler JD, Birnbaum L, McNeely E. PBDE flame retardants, thyroid disease, and menopausal status in US women. Environmental Health. 2016 Dec;15(1):60.
  • Ben-Arie A, Goldchmit C, Laviv Y, Levy R, Caspi B, Huszar M, Dgani R, Hagay Z. The malignant potential of endometrial polyps. European Journal of Obstetrics & Gynecology and Reproductive Biology. 2004 Aug 10;115(2):206-10.
  • Ellenson LH, Wu TC. Focus on endometrial and cervical cancer. Cancer cell. 2004 Jun 1;5(6):533-8.
  • Florea AM, Büsselberg D. Metals and breast cancer: risk factors or healing agents?. Journal of toxicology. 2011;2011.
  • Gitsch G, Hanzal E, Jensen D, Hacker NF. Endometrial cancer in premenopausal women 45 years and younger. Obstetrics & Gynecology. 1995 Apr 1;85(4):504-8.
  • Hecht SS. Tobacco smoke carcinogens and breast cancer. Environmental and molecular mutagenesis. 2002;39(2‐3):119-26.
  • Hisada M, Van Den Berg BJ, Strickler HD, Christianson RE, Wright WE, Waters DJ, Rabkin CS. Prospective study of antibody to human papilloma virus type 16 and risk of cervical, endometrial, and ovarian cancers (United States). Cancer Causes & Control. 2001 May 1;12(4):335-41.
  • Jacobs EJ, Newton CC, Thun MJ, Gapstur SM. Long-term use of cholesterol-lowering drugs and cancer incidence in a large United States cohort. Cancer research. 2011 Mar 1;71(5):1763-71.
  • Kahlenborn C, Modugno F, Potter DM, Severs WB. Oral contraceptive use as a risk factor for premenopausal breast cancer: a meta-analysis. InMayo Clinic Proceedings 2006 Oct 1 (Vol. 81, No. 10, pp. 1290-1302). Elsevier.
  • Longnecker MP, Newcomb PA, Mittendorf R, Greenberg ER, Clapp RW, Bogdan GF, Baron J, MacMahon B, Willett WC. Risk of breast cancer in relation to lifetime alcohol consumption. JNCI: Journal of the National Cancer Institute. 1995 Jun 21;87(12):923-9.
  • Lucenteforte E, Talamini R, Montella M, Dal Maso L, Tavani A, Deandrea S, Pelucchi C, Greggi S, Zucchetto A, Barbone F, Parpinel M. Macronutrients, fatty acids and cholesterol intake and endometrial cancer. Annals of oncology. 2007 Sep 24;19(1):168-72.
  • McCluggage WG, Alderdice JM, Walsh MY. Polypoid uterine lesions mimicking endometrial stromal sarcoma. Journal of clinical pathology. 1999 Jul 1;52(7):543-6.
  • Moskowitz CS, Chou JF, Wolden SL, Bernstein JL, Malhotra J, Friedman DN, Mubdi NZ, Leisenring WM, Stovall M, Hammond S, Smith SA. Breast cancer after chest radiation therapy for childhood cancer. Journal of Clinical oncology. 2014 Jul 20;32(21):2217.
  • Moysich KB, Beehler GP, Zirpoli G, Choi JY, Baker JA. Use of common medications and breast cancer risk. Cancer Epidemiology and Prevention Biomarkers. 2008 Jul 1;17(7):1564-95.
  • Ota S, Shinagawa K, Ueoka H, Tada S, Tabata M, Hamazaki S, Kondo E, Kiura K, Mannami T, Shibayama T, Niiya K. Spontaneous regression of metastatic endometrial stromal sarcoma. Japanese journal of clinical oncology. 2002 Feb 1;32(2):71-4.
  • Patterson MJ, Kernen JA. Epithelioid leiomyosarcoma originating in a hamartomatous polyp from a patient with Peutz-Jeghers syndrome. Gastroenterology. 1985 Apr 1;88(4):1060-4.
  • Plechner AJ. Cortisol abnormality as a cause of elevated estrogen and immune destabilization: insights for human medicine from a veterinary perspective. Medical hypotheses. 2004 Apr 1;62(4):575-81.
  • Schindler AE. Progestogen deficiency and endometrial cancer risk. Maturitas. 2009 Apr 20;62(4):334-7.
  • Smith-Bindman R. Environmental causes of breast cancer and radiation from medical imaging: findings from the Institute of Medicine report. Archives of internal medicine. 2012 Jul 9;172(13):1023-7.
  • Soto AM, Chung KL, Sonnenschein C. The pesticides endosulfan, toxaphene, and dieldrin have estrogenic effects on human estrogen-sensitive cells. Environmental health perspectives. 1994 Apr;102(4):380-3.
  • Titus-Ernstoff L, Longnecker MP, Newcomb PA, Dain B, Greenberg ER, Mittendorf R, Stampfer M, Willett W. Menstrual factors in relation to breast cancer risk. Cancer Epidemiology and Prevention Biomarkers. 1998 Sep 1;7(9):783-9.
  • Wentz WB, Reagan JW, Heggie AD, Fu YS, Anthony DD. Induction of uterine cancer with inactivated herpes simplex virus, types 1 and 2. Cancer. 1981 Oct 15;48(8):1783-90.
  • Yang GC, Wan LS, Del Priore G. Factors influencing the detection of uterine cancer by suction curettage and endometrial brushing. JOURNAL OF REPRODUCTIVE MEDICINE-CHICAGO-. 2002 Dec 1;47(12):1005-10.
  • Zeyneloglu HB, Arici A, Olive DL. Environmental toxins and endometriosis. Obstetrics and gynecology clinics of North America. 1997 Jun 1;24(2):307-29.
Kongsi