Kenali Hakeema

“Kenapa kecewa dengan kehidupan?
Keajaiban berada dalam diri anda. Jom merdekakan diri!”

Beliau berazam untuk membuktikan, inilah satu-satunya formula paling canggih bagi mencapai kejayaan abadi, inovasi terulung beliau, “Formula Trillionaire” bertujuan menangani masalah kesihatan mental dan fizikal, hubungan insan serta masalah kewangan untuk mencapai Takdir Sihat & Kejayaan Infiniti.

Hakeema Rozainah
Pelopor Formula Transformasi Takdir berasaskan Fitrah,
Pengasas ISW, Perawat berdasarkan Kanun Perubatan Ibnu Sina,
Pengamal Perubatan Ibnu Sina berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (Akta775 PT&K), Pengarang,
Penceramah Antarabangsa
Hakeema Rozainah
Pelopor Formula Transformasi Takdir berasaskan Fitrah,
Pengasas ISW, Perawat berdasarkan Kanun Perubatan Ibnu Sina,
Pengamal Perubatan Ibnu Sina berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (Akta775 PT&K), Pengarang,
Penceramah Antarabangsa

Disiarkan di:


Anugerah:


Hakeem Ahmad

Pengasas bersama ISW,

Pengarah Urusan, Perawat berdasarkan Kanun Perubatan Ibnu Sina,

Pengamal Perubatan Ibnu Sina berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (Akta 775 PT&K)

Pengarang dan Coach


Hakeem Ahmad dibesarkan oleh ibu bapa yang rajin berguru dan berkhidmat di bawah Syeikh-syeikh bersanad. Beliau sungguh bertuah kerana telah membesar dalam suasana majlis-majlis kerohanian sejak kecil dan sejak remaja beliau mula menjalani latihan-latihan kerohanian di bawah bimbingan Syeikh-Syeikh bersanad.

Baca lagi

Meskipun pembelajaran akademik sejak sekolah rendah mengikut kurikulum British, hafazan Quran menjadi keutamaan sehingga beliau mengembara ke Yemen untuk mendalami ilmu kitab serta Bahasa Arab di bawah bimbingan Syeikh-syeikh bersanad. Ini menjadikan beliau Hafiz Quran yang fasih dalam Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris selain daripada Bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda.

Beliau merupakan graduan Heriot-Watt University dalam bidang Construction Project Management. Berkat kecekalan ibunya yang sentiasa memperjuangkan Sains berasaskan Tauhid, beliau juga bersemangat untuk memimpin masyarakat menyelesaikan masalah melalui gaya hidup fitrah.

Bersama ibunya Hakeema Rozainah beserta adik-beradik, beliau telah mengasaskan Ibnu Sina Wellness pada tahun 2015. Di Ibnu Sina Wellness beliau memikul tanggungjawab sebagai Pengarah Urusan dan bertindak sebagai Coach New Life Challenge serta Coach Aqua.

Berganding bahu bersama adiknya serta usaha gigih Research Team, sebahagian ilmu yang dipelajari telah dipenakan dalam beberapa buah buku bertajuk Nikmat Selera Sel, Bahaya Nafsu Perut dan Gaya Hidup Fitrah, Madu Ubat Dari Yang Maha Penyembuh dan lain-lain.

Hakeema Shamsinar

Pengasas bersama ISW,

Pengarah Pentadbiran, Perawat berdasarkan Kanun Perubatan Ibnu Sina,

Pengamal Perubatan Ibnu Sina berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (Akta775 PT&K)

Pengarang dan Coach


Hakeema Shamsinar sungguh bertuah kerana telah membesar dalam suasana majlis-majilis kerohanian di bawah bimbingan Syeikh-syeikh bersanad. Sejak kecil beliau telah menerima pendidikan awal di QIDS International School yang diasaskan oleh ibunya, dimana pendidikan sains dan matematik silibus British telah diajar berasaskan Tauhid oleh guru-guru dari Timur Tengah, manakala Tahfiz Al-Quran adalah mata pelajaran harian.

Baca lagi

Pendidikan akademik yang berasaskan Tauhid, serta bimbingan yang selari antara ibu bapa dan guru ini telah memudahkan beliau menjadi Hafizah di usia yang muda serta mahir dalam bahasa Inggeris dan Arab, selain daripada Bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda. Selain Hafizah Quran, beliau juga mendalami ilmu kitab, Al-Quran dan Bahasa Arab di bawah naungan Syeikh-syeikh bersanad di Yemen.

Kesedihan jiwanya melihat keadaan umat di akhir zaman ini, menimbulkan misi hidupnya untuk memimpin umat kembali ke jalan Tauhid, bagi mencapai kebahagiaan dan kejayaan yang selari di dunia dan akhirat. Bersama ibunya Hakeema Rozainah beserta adik-beradik, beliau telah mengasaskan Ibnu Sina Wellness pada tahun 2015. Di Ibnu Sina Wellness beliau memikul tanggungjawab sebagai Pengarah Pentadbiran dan Coach New Life Challenge.

Berganding bahu bersama abangnya serta usaha gigih Research Team, sebahagian ilmu yang dipelajari telah dipenakan dalam beberapa buah buku bertajuk Gaya Hidup Fitrah, Resipi SUPERimun, Resipi SUPEREnergy, Tip Masakan dan lain-lain.

Misi Keluarga

Permulaan Hakeema

“Bagai kanak-kanak yang mengejar rama-rama tanpa menyedari arah yang dituju. Begitulah saya mengejar Allah melalui Syeikh-syeikh yang bersanad hingga tiba di perhentian ini. Tersentak dengan bebanan yang harus dipikul untuk melaungkan bukti keesaan Yang Maha Menghidupkan dalam zaman fitnah ini, saya juga menangis, saya juga takut, tetapi saya juga terpaksa memberanikan diri untuk bangun dan berucap, sehingga ucapan tersebut menjadi satu perjuangan.

Inilah perjuangan kami sekeluarga – menghidupkan kembali Sains berasaskan Tauhid yang menjadi tunjang perjuangan Rasulullah SAW sehingga tercapai zaman kegemilangan Islam sebagai peneraju pendidikan, psikologi, sains dan teknologi, ekonomi dan politik sedunia.

Tersungkur bersujud memohon keredhaan Ilahi. Semoga kita mencapai ma’rifatullah, mencapai potensi insan kamil dalam menjalankan tanggungjawab Khalifah Allah di muka bumi.”

Latar Belakang

Berkat ilmu daripada kitab-kitab moyangnya Hafiz Ghulam Sarwar, hakeem-hakeem bertauliah dan diijazahkan ilmu perubatan Ibnu Sina daripada Syeikh-syeikh bersanad dengan bimbingan oleh hakeem-hakeem bertauliah. Setelah 30 tahun mempelajari Metafizik, Metabiologi dan Metapsikologi, beliau mengasaskan Ibnu Sina Wellness yang merupakan pusat rawatan Sains berasaskan Tauhid mampu menghidupkan sistem enjin JASAD-JIWA-AKAL-ROH sekali gus membangkitkan nikmat hidup untuk kejayaan dan kebahagiaan hidup.

Sumbangan

Demi merealisasikan visi dan misi transformasi umat sejagat, beliau juga telah mengambil inisiatif mengasaskan Quranic Intelligence Development System (QIDS) dan Foundation for Global Advancement.

Karya

Beliau aktif dalam penulisan buku dan antara karya beliau adalah:

  • Edisi Khas Panduan 101 Penyakit (7 jilid)
  • Edisi Premier Panduan 101 Penyakit (7 jilid)
  • Jom Overhaul Body
  • Stress-Anxiety-Depression Mengancam Jantung
  • Mati Itu Pasti Sihat Itu Pilihan
  • Anugerah Tuhan Dari Wuhan
  • Edisi Baru Panduan 101 Penyakit (8 jilid)
  • Siri Transformasi Takdir

Kemunculan Media

Beliau juga merupakan speaker jemputan di International Conferences di Amerika, Turki, Dubai, Timur Tengah dan Malaysia.

Pernah muncul di saluran berita Al-Jazeera, saluran televisyen RTM, TV3 dan TV9 sebagai tetamu jemputan rancangan Selamat Pagi Malaysia, Malaysia Hari Ini, Wanita Hari Ini serta saluran radio IKIM dan BERNAMA.

Beliau juga turut disiarkan dalam media surat khabar The Star, The Malay Mail, New Straits Times, Berita Harian, Utusan Malaysia dan BritishPedia.

Apa Kata Syeikh?

Alamat

Country Heights,
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan

Nombor Telefon

+60389663696 / +60389663696 (WhatsApp)

Waktu Operasi

Isnin (8.30 pagi – 12.00 tengahari)
Rabu sehingga Ahad (9.30 pagi – 5.30 petang)
Selasa (Cuti)

E-mel

konsultasi@ibnusinawellness.com

Langgani Buletin ISW

Ikuti Media Sosial ISW