"Nak Sihat?
Hapus Punca Penyakit"

Ibnu Sina

Bapa Perubatan Moden

Kisah Ibnu Sina

Nama sebenar Ibnu Sina ialah Abu 'Ali al-Husayn ibn 'Abd Allah ibn Hasan ibn 'Ali ibn Sina dan berasal dari Bukhara. Juga dikenali sebagai Avicenna. Ibnu Sina merupakan tokoh keilmuan Islam yang telah menghasilkan lebih 760 formula serta preskripsi yang menjadi rujukan perubatan moden sehingga Eropah menobatkan beliau sebagai Bapa Perubatan Moden. Sumbangan terbesar beliau dalam bidang perubatan ialah hasil penulisan agungnya iaitu Kanun Perubatan (Qanun Fi-Tibb) yang telah diterjemah ke pelbagai bahasa. Sehingga kini, ilmu perubatan Ibnu Sina aktif dijalankan di Timur Tengah, Afrika, Iran, Pakistan dan India.

Legasi Ibnu Sina

Para pengkaji Eropah yang mengkaji semula kajian-kajian Ibnu Sina mendapati kajian Ibnu Sina sangat tepat kerana 100% berdasarkan al-Quran dan hadis. Malah, kebanyakan teori rawatan perubatan utama di seluruh dunia berakar umbikan ilmu perubatan Ibnu Sina seperti kaedah keseimbangan tubuh (Yin & Yang dalam Perubatan Tradisional Cina) dan penggunaan herba-herba (Perubatan Tradisional Cina dan Ayurveda).

...

"Tiada penyakit yang mustahil disembuh, hanya kurang semangat untuk berusaha. Tiada herba yang tidak berguna, hanya tiada ilmu tentang penggunaannya."

Ibnu Sina

Bapa Perubatan Moden

Penemuan & Sumbangan Ibnu Sina

  • Menekankan kepentingan JASAD-JIWA-AKAL-ROH dalam kesihatan
  • Mengaitkan pengaruh kuman dalam penyakit alahan, cacar,masalah penafasan, penyakit kulit, dan lumpuh
  • Memperkenalkan konsep kuarantin 40 hari bagi penyakit jenis wabak
  • Pelopor kepada konsep racun/toksin sebagai punca penyakit
  • Menghasilkan 760 formula dan preskripsi yang berasaskan bahan-bahan alami untuk rawatan pelbagai jenis penyakit
  • Mengkaji dan menemui pelbagai jenis tumbuhan dan herba untuk menyembuhkan penyakit
  • Mengkaji dan menemui fungsi mata
  • Mencipta benang khas untuk pembedahan
  • Membangunkan teknologi penggunaan ubat bius dan picagari
  • Mencipta diet khas pesakit kanser
  • Meneutralkan racun dalam buah pinggang
  • Perintis perubatan jantung-emosi (psikofisiologi/psikosomatik)
...
...
...
Sehingga kini, ilmu perubatan Ibnu Sina sedang giat aktif diamalkan di Timur Tengah, India, Pakistan dan Afrika. Malahan di India, 42 buah universiti kerajaan menawarkan rawatan berdasarkan ilmu perubatan Ibnu Sina. Perawat bertauliah bergelar Hakeem atau Hakeema.

Alamat

Country Heights,
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan

Nombor Telefon

+60389663696 / +60389663696 (WhatsApp)

Waktu Operasi

Isnin (8.30 pagi – 12.00 tengahari)
Rabu sehingga Ahad (9.30 pagi – 5.30 petang)
Selasa (Cuti)

E-mel

konsultasi@ibnusinawellness.com

Langgani Buletin ISW

Ikuti Media Sosial ISW