Apakah tanda ulser perut?

Kategori: Stomach and Gastronomy | Oleh: Hakeema Rozainah

Bacaan 5 minit

Kongsi


Apakah tanda ulser perut?

Apakah simptom ulser perut?

Apakah gejala ulser perut?


Ulser perut atau ulser peptik bermaksud luka di bahagian dinding perut dan bahagian

permulaan usus kecil. Tanda atau simptom ulser perut ialah pedih atau sakit di kawasan ulu

hati, kembung perut, hilang selera makan, mudah berasa kenyang, loya, muntah atau muntah

darah dan najis berwarna hitam. Longgokan toksin beracun dalam bentuk stres, logam berat,

asap rokok, garam berlebihan, kolesterol jahat, jangkitan kuman dan virus, ubat-ubatan sintetik

dan minuman beralkohol yang tersumbat pada perut dan sistem gastrousus mempercepatkan

kematian sel dan menghalang percambahan sel baharu, seterusnya melemahkan perut dan

sistem gastrousus.


Formulasi Overhaul Body™ berdasarkan Kanun Perubatan Ibnu Sina terbukti secara saintifik

dapat menghapuskan punca penyakit hingga ke akar umbi sel dan mengembalikan

keseimbangan jasad agar dapat merawat penyakit mengikut Teknologi Fitrah TANPA KIMIA-TANPA BEDAH-TANPA RADIASI.


Untuk mengetahui lebih lanjut, Tanyalah Hakeem/Hakeema


Ulser perut atau dikenali juga sebagai ulser peptik berlaku apabila terdapat luka di bahagian

dinding perut dan bahagian permulaan usus kecil dikenali sebagai duodenum.

Secara fitrahnya, perut mengeluarkan asid yang dipanggil asid hidroklorik untuk

menghancurkan makanan dan dinding perut pula mempunyai lapisan mukosa sebagai lapisan

perlindungan daripada dihakis oleh asid hidroklorik. Apabila asid hidroklorik dan dinding perut

tidak lagi berada dalam keadaan fitrah iaitu asid hidroklorik dirembeskan secara berlebihan

dan lapisan mukosa pada dinding perut rosak atau menjadi nipis kerana penggunaan ubatubatan, ia telah mengakibatkan luka pada dinding perut yang dikenali sebagai ulser perut.


Tanda atau simptom ulser perut ialah:

  • Pedih atau sakit di kawasan ulu hati.
  • Kembung perut.
  • Hilang selera makan.
  • Mudah berasa kenyang.
  • Loya, muntah atau muntah darah.
  • Najis berwarna hitam.


Ulser perut kebiasaanya disertai dengan keradangan pada perut lalu mengakibatkan rasa pedih

atau sakit di kawasan ulu hati, kembung perut dan hilang selera makan. Najis yang berwarna

hitam pula terhasil daripada warna darah akibat daripada ulser tersebut. Longgokan toksin

beracun yang terkumpul dalam sistem enjin jasad khususnya bahagian perut mengakibatkan

penipisan lapisan perut lalu menyebabkan ulser perut.


Allah Yang Maha Pemberi Kecukupan (Al-Muqit) sentiasa memberi kecukupan kepada

manusia. Asid hidroklorik yang dirembeskan seharusnya sentiasa cukup dalam mencernakan

makanan yang ditelan. Namun, akibat daripada nafsu manusia itu sendiri yang gemar makan

pedas dan berlebihan telah mengakibatkan rembesan secara berlebihan dan mendatangkan

penyakit.


Perubatan secara rawatan alternatif mempunyai potensi tinggi dalam merawat pelbagai jenis

masalah penyakit. Di Ibnu Sina Wellness, rawatan yang dijalankan adalah berdasarkan Kanun

Perubatan Ibnu Sina yang telah terbukti secara saintifik dapat menyelesaikan masalah penyakit

kronik. Rawatan Overhaul Body™ yang dilakukan oleh Ibnu Sina Wellness dapat

menghapuskan punca penyakit hingga ke akar umbi sel dan mengembalikan keseimbangan

jasad agar dapat merawat penyakit mengikut Teknologi Fitrah.

Rujukan :

  • Stomach Ulcers and What You Can Do About Them. Diperoleh pada 7 Februari 2021 daripada: https://www.healthline.com/health/stomach-ulcer#overview
  • Overview Stomach Ulcer. Diperoleh pada 7 Februari 2021 daripada: https://www.nhs.uk/conditions/stomach-ulcer/

Alamat

Country Heights,
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan

Nombor Telefon

+60389663696 / +60389663696 (WhatsApp)

Waktu Operasi

Isnin (8.30 pagi – 12.00 tengahari)
Rabu sehingga Ahad (9.30 pagi – 5.30 petang)
Selasa (Cuti)

E-mel

konsultasi@ibnusinawellness.com

Langgani Buletin ISW

Ikuti Media Sosial ISW