Madu Atasi Gastrik

Kategori: Stomach and Gastronomy | Oleh: Hakeema Rozainah

Bacaan 5 minit

Kongsi


“Gastrik (gastritis) kerana pengambilan ubat tahan sakit.”

Saya sudah bertahun-tahun mengambil ubat tahan sakit. Setiap kali ke klinik, pasti doktor akan berikan ubat tahan sakit kerana sakit lutut (osteoarthritis) yang saya alami. Sebelum ini saya tidak pernah mengalami gastrik, namun akibat pengambilan ubat ini sejak sekian lama, jasad saya mula menunjukkan simptom penyakit gastrik.


Antara simptom gastrik yang saya alami ialah:

  • Pedih ulu hati
  • Masuk angin atau rasa sebu
  • Loya dan muntah


Pengambilan ubat tahan sakit atau ubat antiradang bukan steroid (nonsteroidal anti-inflammatory drug/NSAID) seperti ini lama-kelamaan akan menyebabkan lapisan mukosa perut menipis kerana terhakis akibat daripada lebihan rembesan asid hidroklorik oleh perut. Hasil tindak balas daripada ubat tersebut bukan sahaja meningkatkan penghasilan asid perut, malah melemahkan lapisan pelindung perut lalu menyebabkan kerengsaan yang seterusnya mengakibatkan penyakit gastrik, ulser perut dan sebagainya. Selain ubat-ubatan, gastrik juga boleh berpunca daripada jangkitan bakteria Helicobacter pylori yang berupaya merosakkan lapisan perut.

Sisa-sisa daripada ubat-ubatan dan jangkitan kuman ini akan membentuk longgokan toksin beracun dalam sistem enjin jasad, lalu mengganggu perut dan sistem gastrousus untuk berfungsi mengikut Teknologi Fitrah (programming).


Bukti Kajian Sains

  • Madu mempunyai sifat antibakteria yang memberi kesan efektif terhadap bakteria H.pylori penyebab gastritis.
  • Madu mengandungi hidrogen peroksida semula jadi yang berkesan merawat luka.

Madu memiliki sifat antibakteria dan antivirus. Kajian menunjukkan madu tulen dapat membunuh bakteria dan kulat yang tidak diingini. Secara semula jadi, madu mengandungi hidrogen peroksida sebagai antiseptik yang berkesan sebagai antibakteria dan antikulat bergantung pada jenis madu. Madu juga berkesan mengurangkan kesan radang pada esofagus.

  • Madu tinggi dengan antioksidan sebagaimana yang terdapat pada buah-buahan dan sayur-sayuran.

Madu membantu merawat gastrik dengan kandungan antioksidan yang tinggi di dalamnya. Antioksidan yang tinggi juga mampu melawan kesan daripada pendedahan radikal bebas. Radikal bebas menyebabkan kerosakan sel pada lapisan saluran pencernaan seperti lapisan pelindung perut. Madu dapat mencegah kerosakan dengan menyingkirkan radikal bebas dengan sifat antioksidannya.

Allah Maha Bijaksana (Al-Hakim) telah mencipta jasad kita dengan penuh hikmah dan berpengetahuan dalam semua tindakan-Nya. Setiap sesuatu yang diciptakannya mempunyai tujuan tersendiri daripada sekecil zarah hingga sebesar-besar kejadian. Namun akibat kelalaian manusia tidak mengikut gaya hidup fitrah, maka berlakulah pelbagai penyakit seperti gastrik yang mengakibatkan keradangan kepada dinding bahagian dalam perut. Gastik pula boleh berlaku secara tiba-tiba atau dalam jangka masa yang lama. Namun, Allah SWT tidak pernah lupa, lalu diciptakan madu yang mengandungi kalium yang tinggi dan dapat membantu mengatasi masalah gastrik agar saluran gastrousus dapat pulih sepenuhnya. Minum Lote Tree Honey/Elixir of Life keluaran Ibnu Sina Wellness dan dicampur dengan teh hijau akan dapat merawat penyakit gastrik kerana tekstur madu dapat membantu salutan pada lapisan esofagus. Oleh itu, kita hendaklah patuhi segala perintah Allah SWT dan menjauhi tegahan-Nya dalam segala aspek kehidupan terutama dalam penjagaan kesihatan. Setiap penyakit ada ubatnya.

Rujukan :

  • Can You Use Honey to Treat Acid Reflux?. Diperoleh pada 13 Jun 2021 daripada https://www.healthline.com/health/digestive-health/honey-for-acid-reflux
  • The Top 6 Raw Honey Benefits. Diperoleh pada 13 Jun 2021 daripada https://www.healthline.com/health/food-nutrition/top-raw-honey-benefits
  • Can You Use Honey to Treat Acid Reflux?. Diperoleh pada 13 Jun 2021 daripada https://www.healthline.com/health/digestive-health/honey-for-acid-reflux#research

Alamat

Country Heights,
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan

Nombor Telefon

+60389663696 / +60389663696 (WhatsApp)

Waktu Operasi

Isnin (8.30 pagi – 12.00 tengahari)
Rabu sehingga Ahad (9.30 pagi – 5.30 petang)
Selasa (Cuti)

E-mel

konsultasi@ibnusinawellness.com

Langgani Buletin ISW

Ikuti Media Sosial ISW