Madu Baik untuk Rahim

Kategori: Vagina | Oleh: Hakeema Rozainah

Bacaan 5 minit

Kongsi


Rahim adalah simbolik kewanitaan yang harus dijaga dengan sebaiknya. Namun, jika tidak dijaga dengan sempurna, maka mungkin menjadi punca kesengsaraan bagi kaum wanita. Rahim juga merupakan organ penting bagi wanita kerana merupakan tempat menyimpan janin dalam memastikan kelangsungan zuriat. Namun, disebabkan longgokan toksin beracun yang tersumbat dalam bentuk stres, asap rokok, gula dan garam berlebihan, protein haiwan berlebihan, makanan proses dan segera, bahan pengawet, jangkitan kuman dan virus serta ubat-ubatan sintetik telah mengakibatkan pelbagai penyakit bagi rahim. Antara penyakit berkaitan rahim ialah:

  • Cyst
  • Fibroid
  • Masalah haid
  • Senggugut kronik
  • Menopaus awal
  • Sindrom ovari polisistik (PCOS)
  • Kanser rahim
  • Kanser pangkal rahim (serviks)
  • Kanser ovari
  • Endometriosis
  • Peranakan jatuh (Prolaps)
  • Ketidaksuburan
  • Kemandulan


Bukti Kajian Sains

Menguatkan rahim

Kajian menunjukkan madu memberi kebaikan kepada rahim dengan perlindungan daripada atrofi rahim dan faraj serta dapat meningkatkan kualiti ovum. Madu juga dapat menghalang pembiakan candida iaitu bakteria jahat penyebab jangkitan tanpa mengganggu bakteria baik seperti Lactobacillus pada faraj.

Rujukan:

Zaid, S.S.M.; Ruslee, S.S.; Mokhtar, M.H. Protective Roles of Honey in Reproductive Health: A Review. Molecules 2021, 26, 3322.


Madu melegakan kesakitan akibat senggugut

Menurut kajian, madu memberi kesan yang sama seperti ubat antikerengsaan iaitu asid mefenamic yang kebiasaanya diberikan oleh doktor kepada perempuan yang mengalami masalah senggugut. Kini, ramai yang telah beralih kepada bahan semula jadi seperti madu khususnya Lote Tree Honey yang efektif bertindak melegakan kesakitan berbanding ubat-ubatan sintetik yang kemudiannya memberi kesan sampingan seperti masalah pencernaan, pening dan darah tinggi.

Rujukan:

Comparison of the effect of honey and mefenamic acid on the severity of pain in women with primary dysmenorrhea. Diperoleh pada 10 Julai 2021 daripada: https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/28623433/


Madu mengawal aktiviti estrogen

Madu mengawal aktiviti estrogen dengan tindakan antagonistik. Ini sangat berkesan bagi melawan kanser yang bergantung kepada hormon estrogen seperti kanser endometrium atau kanser rahim. Madu boleh bertindak sebagai pencegah kemo (chemopreventive) atau kesan antikanser terhadap pelbagai jenis sel kanser termasuklah kanser rahim.

Rujukan:

Honey as a Potential Natural Anticancer Agent: A Review of Its Mechanisms. Diperoleh pada 10 Julai 2021 daripada: https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3865795/

Tsiapara AV, Jaakkola M, Chinou I, et al. Bioactivity of Greek honey extracts on breast cancer (MCF-7), prostate cancer (PC-3) and endometrial cancer (Ishikawa) cells: profile analysis of extracts. Food Chemistry. 2009;116(3):702–708.


Allah Yang Maha Melindungi (Al-Waliy) sentiasa melindungi, mengendalikan dan menolong seluruh urusan hamba-Nya daripada sekecil-kecil urusan hinggalah sebesar-besarnya. Kehebatan Allah SWT mencipta dan melindungi rahim sebagai tempat lahirnya zuriat adalah begitu menakjubkan. Allah SWT menjadikan proses menstruasi berlaku pada setiap bulan khas kepada wanita agar pembuangan longgokan toksin beracun dalam jasad dapat dilakukan. Allah SWT juga menciptakan haiwan dan tumbuh-tumbuhan agar kira dapat manfaat daripadanya. Ini termasuklah madu yang diciptakan untuk menyuburkan rahim, merawat rahim lemah dan memberi peluang untuk hamil. Maka pengambilan Lote Tree Honey/Elixir of Life amat sesuai kepada mereka yang mengalami masalah rahim kerana di dalam madu terbentuk kombinasi antara air liur lebah, nektar dan serbuk sari. Ini menunjukkan kandungan madu itu mengandungi nutrisi lengkap meliputi kalium, magnesium, natrium, vitamin C, vitamin B6, B3 dan lainnya, fosforus, mangan, beta kerotin, natrium, sodium, kalsium dan mayang lain yang sangat untuk rahim. Oleh itu, peliharalah rahim dengan mengamalkan gaya hidup fitrah agar kesihatan kita sentiasa terpelihara.

Rujukan :

  • Zaid, S.S.M.; Ruslee, S.S.; Mokhtar, M.H. Protective Roles of Honey in Reproductive Health: A Review. Molecules 2021, 26, 3322.
  • Comparison of the effect of honey and mefenamic acid on the severity of pain in women with primary dysmenorrhea. Diperoleh pada 10 Julai 2021 daripada: https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/28623433/
  • Honey as a Potential Natural Anticancer Agent: A Review of Its Mechanisms. Diperoleh pada 10 Julai 2021 daripada: https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3865795/
  • Tsiapara AV, Jaakkola M, Chinou I, et al. Bioactivity of Greek honey extracts on breast cancer (MCF-7), prostate cancer (PC-3) and endometrial cancer (Ishikawa) cells: profile analysis of extracts. Food Chemistry. 2009;116(3):702–708.

Alamat

Country Heights,
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan

Nombor Telefon

+60389663696 / +60389663696 (WhatsApp)

Waktu Operasi

Isnin (8.30 pagi – 12.00 tengahari)
Rabu sehingga Ahad (9.30 pagi – 5.30 petang)
Selasa (Cuti)

E-mel

konsultasi@ibnusinawellness.com

Langgani Buletin ISW

Ikuti Media Sosial ISW