Madu Mencegah Obesiti

Kategori: Obesity | Oleh: Hakeema Rozainah

Bacaan 5 minit

Kongsi


“Dengan madu boleh kawal berat badan? Menarik!”

Secara amnya, batuk adalah normal. Batuk merupakan reaksi semula jadi jasad untuk mengeluarkan bendasing daripada saluran pernafasan. Batuk dapat membantu membersihkan tekak daripada kahak, lendir dan sebagainya.

Tahukah anda, meminum madu sebelum tidur dapat membantu membakar kalori selama beberapa jam pada permulaan waktu ketika tidur.


Apa itu Obesiti?

Obesiti ialah keadaan yang mana seseorang itu mengalami berat badan secara berlebihan. Pengumpulan lemak berlebihan dalam jasad akan menjejaskan kesihatan. Individu yang obesiti mempunyai risiko tinggi untuk mendapat penyakit lain seperti kencing manis, darah tinggi dan kolesterol tinggi. Obesiti ditentukan oleh pengiraan indeks jisim badan (BMI) yang mengukur berat badan dan ketinggian seseorang. Pengiraan yang melebihi kadar tertentu dikira sebagai berat berlebihan dan seterusnya obesiti. Obesiti saling berkaitan dengan stres, sama ada stres menyebabkan obesiti kerana makan secara tidak terkawal memenuhi nafsu selera makan atau obesiti yang kemudiannya mengakibatkan stres kerana kurang keyakinan diri dengan rupa fizikal yang kurang menarik.


Bukti Kajian Sains

  • Menurunkan paras gula dalam darah

Madu bukan sahaja menurunkan paras gula dalam darah, malah boleh mencegah pengumpulan lemak secara berlebihan. Madu dapat memperbaiki metabolisme lemak dengan menurunkan kadar kolesterol. Penurunan kadar gula dalam darah mendorong pembakaran kalori untuk menghasilkan tenaga, lalu dengan mudah menurunkan berat badan.


  • Membantu mengawal selera makan

Madu juga kaya dengan pelbagai vitamin, mineral dan lemak baik. Kandungan dalam madu dapat membantu mengawal selera makan dan mengurangkan berat badan. Dalam madu terdapat hormon ghrelin yang membuatkan seseorang berasa kenyang untuk jangka masa yang lama.


  • Mengurangkan stres penyebab obesiti

Stres boleh menjadi punca obesiti atau obesiti yang kemudianya mengakibatkan stres. Madu memberi kesan ketenangan yang dapat mengurangkan stres seseorang. Kajian sains pada tahun 2014 menunjukkan madu mempunyai sifat anxiolytic iaitu mempunyai kandungan flavonoid antioksida yang dipanggil chrysin dan asid galik yang dapat mengurangkan keresahan sekali gus memberi kesan ketenangan.


Allah Yang Maha Mengawasi (Al-Raqib) sentiasa mengawasi segala kejadian di bumi ini termasuklah hamba-Nya daripada segala perbuatan zahir mahupun apa yang berlaku di dalam jasad. Namun, gaya hidup manusia itu sendiri yang tidak mematuhi fitrah dengan mengambil makan yang mengandungi lemak, kolestrol dan gula berlebihan telah menjadi mudarat kepada manusia lalu mencetuskan penyakit obesiti. Kerana itu, Allah SWT juga telah menjadikan insulin yang dirembeskan oleh pankreas untuk memantau dan mengawasi kandungan gula dalam darah. Pengambilan gula yang berlebihan boleh digantikan dengan Lote Tree Honey/Elixir of Life kerana boleh menurunkan paras gula dalam darah dan mencegah pengumpulan lemak yang menyebabkan obesiti. Rasulullah SAW juga pernah bersabda sesiapa yang meminum sedikit madu tiga kali (di waktu pagi) setiap bulan, maka dia tidak akan terkena penyakit teruk. Inilah anugerah Allah yang tidak ternilai. Apabila diturunkan sesuatu penyakit, pastinya diciptakan ubat penyembuh. Sesungguhnya kita hanya berusaha dan kepada Allah SWT-lah kita berserah.

Rujukan :

  • Trying To Lose Weight? Have This Concoction Daily For Quick Results. Diperoleh pada 3 Julai 2021 daripada: https://www.ndtv.com/health/weight-loss-honey-and-cinnamon-water-to-lose-weight-1897099
  • A Review on the Protective Effects of Honey against Metabolic Syndrome. Diperoleh pada 3 Julai 2021 daripada: https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC6115915/#:~:text=Honey%20intake%20reduces%20blood%20sugar,to%20decreased%20risk%20of%20atherogenesis.
  • Ten natural ways to suppress appetite. Diperoleh pada 3 Julai 2021 daripada: https://www.medicalnewstoday.com/articles/320625
  • Neurological Effects of Honey: Current and Future Prospects Diperoleh pada 4 Julai 2021 daripada: https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4020454/

Alamat

Country Heights,
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan

Nombor Telefon

+60389663696 / +60389663696 (WhatsApp)

Waktu Operasi

Isnin (8.30 pagi – 12.00 tengahari)
Rabu sehingga Ahad (9.30 pagi – 5.30 petang)
Selasa (Cuti)

E-mel

konsultasi@ibnusinawellness.com

Langgani Buletin ISW

Ikuti Media Sosial ISW