Madu Menjaga Jantung
Kategori: Heart | Oleh: Hakeema Rozainah
Bacaan 5 minit
Jantung digelar sebagai Raja segala organ kerana berfungsi mengepam darah ke seluruh bahagian jasad melalui sistem peredaran darah yang membekalkan gas oksigen (O2) dan nutrien kepada tisu serta menyingkirkan gas karbon dioksida (CO2) serta bahan buangan yang lain. Penyakit jantung menjadi penyakit nombor satu di Malaysia dengan 18,267 kadar kematian atau 15.6% daripada jumlah kematian yang disahkan secara perubatan pada 2018. Penyakit jantung juga didapati lebih dominan dalam kalangan lelaki yang menyebabkan 12,510 kematian atau 17.8% daripada jumlah kematian lelaki pada 2018.
Oleh itu, madu khususnya Lote Tree Honey/Elixir of Life mampu mencegah pelbagai penyakit berkaitan jantung. Madu kaya dengan bahan-bahan seperti flavonoid, asid fenolik dan sebagainya. Pelbagai jenis asid fenolik terkandung dalam madu, antaranya quercetin, asid caffeic, acacetin, kaempferol, dan galangin memberi kesan yang meyakinkan dalam merawat penyakit jantung.
Bukti Kajian Sains
• Agen perlindungan jantung
Madu memberi kesan perlindungan kepada jantung (cardioprotective) dengan mencegah daripada pelbagai jenis penyakit jantung melalui aktiviti antioksidan, mengawal tekanan darah, menambah baik metabolisme lipid, mengembalikan denyutan jantung dan sebagainya. Banyak kajian epidemiologi yang menunjukkan pengambilan madu secara rutin mampu mengurangkan risiko masalah jantung. Flavonoid yang terkandung dalam madu mengurangkan risiko penyakit jantung. Salah satu caranya adalah dengan mengurangkan kebolehan darah untuk membeku.
• Sifat antioksidan
Madu mempunyai sifat antioksidan yang dapat memelihara organ seperti jantung. Kajian menunjukkan polifenol pada madu adalah bahan antioksidan yang dapat mencegah pelbagai jenis penyakit jantung. Dalam kebanyakan masalah jantung, tekanan darah adalah faktor penting menentukan jantung itu sihat atau sebaliknya. Sifat antioksidan yang ada pada madu membantu mengurangkan tekanan darah. Kajian sains terhadap model haiwan dan manusia membuktikan tekanan darah tinggi boleh berkurang setelah meminum madu.
• Mengurangkan kadar kolesterol
Kadar kolesterol yang tinggi meningkatkan risiko penyakit jantung. Terdapat beberapa kajian yang mendapati madu dapat mengurangkan tahap kolesterol dan secara tidak langsung mengurangkan risiko penyakit jantung. Hasil kajian menunjukan madu berupaya mengurangkan kadar kolesterol sebanyak 6%.
Allah Yang Maha Hebat (Al-Mutakabbir) telah menciptakan jantung sebagai organ yang hebat dalam sistem enjin jasad kita. Tanpa jantung, mustahil sistem enjin jasad kita mampu berfungsi mengikut fitrah. Namun akibat kecuaian manusia itu yang hidup bercanggah dengan fitrah telah mengakibatkan jantung mengalami masalah. Tetapi kerana kasih sayang-Nya, Allah juga telah menciptakan madu sebagai ubat yang menyembuhkan penyakit. Bagi yang menghidap penyakit jantung, bolehlah meminum madu yang dicampur bawang putih kerana telah terbukti keberkesanannya.
Rujukan :
Alamat
Country Heights,
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan
Nombor Telefon
Waktu Operasi
Isnin (8.30 pagi – 12.00 tengahari)E-mel
konsultasi@ibnusinawellness.com0 Klik
Copyright @ 2024 Ibnu Sina Wellness. All Rights Reserved.
Tumpuan asas kelas adalah untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan para pelajar bagi memperbaiki dan menambahkan nilai diri.
Bagi pelanggan yang pertama kali
menggunakan sistem kami, Sila klik pada
Daftar akaun baru bagi meneruskan proses seterusnya.
Pendaftaran
Login Akaun
Sila isi maklumat berikut dan klik pada butang Daftar.
Bagi memastikan pendaftaran berjalan lancar, sila pastikan maklumat yang dimasukkan adalah BENAR.
Bagi bahagian “Password” atau katalaluan, pengguna perlu memasukkan kombinasi daripada huruf besar, huruf kecil dan nombor serta perlu melebihi 8 aksara.
Rawatan Alternatif & Bimbingan Holistik Terunggul berdasarkan Kanun Perubatan Ibnu Sina
SESI PERCUMA SANGAT TERHAD
Kami sedang menempah
untuk anda
Copyright @ 2024 Ibnu Sina Wellness. All Rights Reserved.