Madu Pengubat Kencing Manis

Kategori: Diabetes | Oleh: Hakeema Rozainah

Bacaan 5 minit

Kongsi


Kencing manis adalah masalah metabolik berpunca daripada pelbagai faktor. Kencing manis yang kebiasaannya dihidapi oleh masyarakat ialah kencing manis jenis 2 atau diabetes mellitus. Kencing manis adalah penyakit yang mempengaruhi proses bagaimana jasad menggunakan gula dalam darah. Ini merupakan keadaan dimana jasad tidak dapat menggunakan gula sebagai sumber tenaga secara normal, lalu meningkatkan kadar gula dalam darah melebihi paras normal. Antara faktor penyakit kencing manis ialah:

• Pengambilan makanan tidak sihat

• Berat badan berlebihan

• Kerintangan insulin

• Gaya hidup tidak aktif

• Sindrom ovari polisistik (PCOS)


Nutrisi Madu

Monosakarida seperti fruktosa dan glukosa merupakan komponen gula utama dalam madu. Monosakarida adalah bentuk gula paling ringkas yang mudah dicernakan dan diserap ke salur darah, lalu merangsang pankreas untuk merembeskan insulin. Insulin berfungsi sebagai pemberi isyarat kepada sel supaya menyerap glukosa untuk disimpan atau digunakan sebagai tenaga. Dalam proses penghadaman madu, fruktosa dan glukosa akan segera diserap ke dalam darah dan digunakan sebagai tenaga untuk keperluan tubuh badan. Selain monosakarida, terdapat juga kira-kira 25 oligosakarida berbeza dalam madu seperti disakarida, sukrosa, maltosa, trehalosa, turanosa, panosa, 1-kestosa, 6-kestosa, palatinosa, melezitosa, dan rafinosa.


“Minum 20g madu setiap hari dapat memenuhi kira-kira 3% keperluan tenaga harian. Dengan kata lain, apabila seseorang minum 10 sudu besar madu setiap hari, ia dapat membekalkan kira-kira 20% daripada keperluan tenaga hariannya.”


Selain itu, madu juga mengandungi kira-kira 0.5% protein yang kebanyakannya terdiri daripada enzim dan asid amino bebas. Kandungan protein yang direkodkan daripada pelbagai jenis sumber nektar telah menunjukkan bahawa 1000 µg/g merupakan paras tertinggi yang boleh diperoleh. Terdapat tiga enzim utama yang terdapat dalam madu iaitu:

i. Diastase iaitu enzim amilase yang memecahkan kanji dan glikogen ke bentuk gula ringkas.

ii. Invertase (sukrose,α-glukosidase) yang memecahkan sukrosa kepada fruktosa dan glukosa.

iii. Glukosa oksidase yang menghasilkan hidrogen peroksida dan asid glukonik daripada glukosa.


Bukti Kajian Sains

Antara manfaat madu selain sebagai pemanis semula jadi ialah:

• Sumber antioksidan

Pankreas merupakan organ penting berkaitan kencing manis kerana mempunyai dua hormon yang mengawal paras gula dalam darah supaya normal. Hormon tersebut ialah insulin yang merendahkan paras gula dan glukagon yang meningkatkan paras gula dalam darah. Sumber antioksidan daripada madu dapat melindungi organ pankreas daripada kerosakan dan radikal bebas. Ini juga mekanisme yang berpotensi memberi kesan hipoglisemik bagi madu. Sumber antioksidan juga penting bagi memastikan kesihatan yang berterusan.


• Fruktosa dan kesan hipoglisemik

Bukti kajian sains menunjukkan fruktosa dapat mendorong paras gula menjadi lebih rendah dalam darah ke atas model haiwan yang mempunyai kencing manis. Fruktosa merangsang enzim glucokinase dalam sel hati yang memainkan peranan dalam pengambilan dan penyimpanan glukosa sebagai glikogen yang disimpan oleh hati. Glukosa yang hadir di samping fruktosa meningkatkan penyerapan fruktosa dan penghantarannya kepada hati. Kajian model haiwan menunjukan fruktosa membaiki proses homeostasis gula iaitu proses keseimbangan gula berbanding haiwan yang menerima glukosa.


• Memberi kesan hipoglisemik

Pada tahun 2018, terdapat kajian merumuskan bahawa madu sangat berkesan untuk merawat kencing manis kerana kesan hipoglisemik dalam madu merendahkan paras gula dalam darah.


• Agen antidiabetik

Oligosakarida yang terkandung dalam madu berpotensi berperanan sebagai kesan antidiabetik pada madu. Menurut kajian, palatinosa menunjukkan kebolehan memperbaiki respon glisemik bagi pesakit kencing manis.


• Mempunyai sifat antikerengsaan

Kajian yang diterbitkan pada tahun 2017 menunjukkan potensi peranan madu dalam penyembuhan. Komplikasi akibat kencing manis seperti luka yang sukar untuk sembuh dapat diatasi dengan meminum madu. Pada tahun 2014, sekumpulan penyelidik mendapati madu dapat menangani proses kerengsaan luka dalam kebanyakan kes pesakit kencing manis, pesakit jantung dan masalah metabolik yang lain.


• Sifat antibakteria

Madu memberi kesan antibakteria yang membantu penyembuhan luka. Jangkitan kuman dapat dielakkan dengan lapisan perlindungan daripada madu. Kesan penyembuhan yang ada pada madu kerana jangkitan bakteria atau kuman punca kerengsaan dapat disingkirkan. Ini secara tidak langsung dapat mengurangkan kesan kerengsaan pada luka. Selain itu, hidrogen peroksida yang terkandung dalam madu juga berkesan bagi merawat luka.


Allah Yang Maha Penyayang (Al-Rahim) sentiasa menyayangi hamba-Nya. Allah SWT telah mengurniakan semua sistem enjin jasad itu dilengkapi dengan pankreas yang berfungsi untuk mengawal kandungan gula dalam darah. Namun, akibat tabiat manusia yang tidak mengamalkan gaya hidup fitrah telah menyebabkan mereka menghidap kencing manis. Tetapi dengan kasih sayang-Nya, Allah SWT telah menciptakan madu daripada lebah yang terbukti boleh menyembuhkan penyakit. Kandungan nutrisi yang ada di dalam madu khususnya Lote Tree Honey/Elixir of Life dapat meningkatkan kadar insulin dan membantu mengawal kadar gula dalam darah. Selain berperanan sebagai pemanis semula jadi, terdapat banyak kebaikan lain yang boleh didapati daripada madu. Gantikan gula dengan madu untuk memperoleh 1001 kebaikannya. Sesungguhnya Allah yang Maha Pengasih telah mengurniakan pelbagai jenis ubat dalam bentuk tumbuh-tumbuhan bagi menguatkan antibodi dalam jasad kita. Antaranya buah zaitun, buah tin, buah kurma, buah anggur, buah delima, dan madu seperti yang dinyatakan dalam surah an-Nahl. 

Rujukan :

  • Glycaemic and insulinaemic properties of some German honey varieties.Deibert P, König D, Kloock B, Groenefeld M, Berg A Eur J Clin Nutr. 2010 Jul; 64(7):762-4.
  • Antioxidant protection of Malaysian tualang honey in pancreas of normal and streptozotocin-induced diabetic rats.Erejuwa OO, Sulaiman SA, Wahab MS, Sirajudeen KN, Salleh MS, Gurtu SAnn Endocrinol (Paris). 2010 Sep; 71(4):291-6.
  • Kwon, S., Kim, Y. J., & Kim, M. K. (2008). Effect of fructose or sucrose feeding with different levels on oral glucose tolerance test in normal and type 2 diabetic rats. Nutrition research and practice, 2(4), 252-258.
  • Erejuwa, O. O., Sulaiman, S. A., & Wahab, M. S. A. (2012). Fructose might contribute to the hypoglycemic effect of honey. Molecules, 17(2), 1900-1915.
  • Prieto, P. G., Cancelas, J., Villanueva-Peñacarrillo, M. L., Valverde, I., & Malaisse, W. J. (2004). Plasma D-glucose, D-fructose and insulin responses after oral administration of D-glucose, D-fructose and sucrose to normal rats. Journal of the American College of Nutrition, 23(5), 414-419.
  • Can people with type 2 diabetes eat honey? Diperoleh pada 21 Jun 2021 daripada: https://www.medicalnewstoday.com/articles/317662
  • Honey and Diabetes: The Importance of Natural Simple Sugars in Diet for Preventing and Treating Different Type of Diabetes. Diperoleh pada 21 Jun 2021 daripada: https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC5817209/
  • Honey - A Novel Antidiabetic Agent. Diperoleh pada 21 Jun 2021 daripada: https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3399220/#:~:text=Evidence%20suggests%20that%20a%20number,levels%20in%20healthy%20subjects%2096.
  • Evidence for Clinical Use of Honey in Wound Healing as an Anti-bacterial, Anti-inflammatory, Anti-oxidant and Anti-viral Agent: A Review. Diperoleh pada 21 Jun 2021 daripada: https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3941901/#:~:text=The%20anti%2Dinflammatory%20activity%20of,further%20inflammatory%20reactions%20(10).



Alamat

Country Heights,
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan

Nombor Telefon

+60389663696 / +60389663696 (WhatsApp)

Waktu Operasi

Isnin (8.30 pagi – 12.00 tengahari)
Rabu sehingga Ahad (9.30 pagi – 5.30 petang)
Selasa (Cuti)

E-mel

konsultasi@ibnusinawellness.com

Langgani Buletin ISW

Ikuti Media Sosial ISW