Madu dan Asma

Kategori: Lungs | Oleh: Hakeema Rozainah

Bacaan 5 minit

Kongsi


“Penat bergantung pada inhaler. Amalkan minum madu dan kurangkan penggunaan pada inhaler.”

Asma ialah penyakit kronik saluran pernafasan. Asma juga dikenali sebagai semput, lelah atau penat. Asma berlaku disebabkan oleh keradangan dan bengkak pada saluran pernafasan yang mengakibatkan salur pernafasan menjadi sempit serta menyukarkan pergerakan keluar masuk udara oleh paru-paru. Pencemaran udara seperti asap rokok, habuk, bakteria, kulat daripada persekitaran yang kotor dan hama daripada haiwan berbulu menghasilkan longgokan toksin beracun yang boleh mencetuskan serangan asma.

Antara simptom penyakit asma ialah:

  • Sesak nafas
  • Ketat dada
  • Batuk terutamanya pada waktu malam
  • Bunyi berdehit semasa menghembus nafas

Pencemaran udara dan persekitaran kotor membentuk longgokan toksin beracun yang boleh mengakibatkan keradangan pada saluran pernafasan, lalu menyebabkan reaksi alahan seperti penghasilan lendir secara berlebihan yang menyumbatkan saluran pernafasan. Akibatnya, paru-paru tidak dapat menyalurkan oksigen yang cukup untuk keperluan jasad dan menyingkir keluar karbon dioksida yang tidak diperlukan. Longgokan toksin beracun pada saluran pernafasan seperti farinks, larinks, trakea, bronkus, dan bronkiol perlu dipam keluar daripada sistem enjin jasad untuk mengembalikan keadaan saluran pernafasan yang normal dan bersih agar paru-paru dapat kembali berfungsi secara fitrah.

Lote Tree Honey Hati Unta

Hati unta adalah ubat yang efektif bagi merawat penyakit asma. Sebagai mana yang kita tahu, unta mampu hidup di tempat kering yang kurang air serta persekitaran yang berhabuk dan berdebu. Ketahanan hati unta

pada persekitaran begini menunjukkan kelebihan bagi hati unta. Ini turut menandakan hati unta mempunyai kesan terapeutik yang dapat memberi manfaat perubatan seperti rawatan bagi penyakit asma. Hati unta juga baik untuk kesihatan kerana kaya dengan nutrien yang dapat merawat keletihan, mengembalikan dan meningkatkan tenaga serta melegakan batuk. Lote Tree Honey daripada Ibnu Sina Wellness juga didatangkan dengan varian Lote Tree Honey Hati Unta yang dicampurkan dengan hati unta bagi mendapatkan khasiatnya.


Bukti Kajian Sains

Antiinflamasi/ antikeradangan/ antikerengsaan

Madu mempunyai kesan antiinflamasi dan dapat mengurangkan kesan bengkak yang terdapat pada salur pernafasan yang kebiasaannya berlaku pada penghidap asma. Kajian terhadap model haiwan mendapati madu dalam bentuk semburan yang digunakan dapat mengurangkan keradangan pada saluran pernafasan.


Memberi kesan kelegaan

Madu mampu memberi kesan kelegaan pada membran mukus saluran pernafasan. Ini dapat mengurangkan kesan keradangan pada tiub bronkiol dan mencairkan kahak yang menyukarkan pernafasan. Madu juga berkesan mengatasi batuk pada waktu malam iaitu simptom berkaitan asma.


Penggalak sistem imun

Sifat antioksidan yang ada pada madu akan menggalakkan sistem imun badan. Ini dapat memberi perlindungan daripada selesema dan batuk yang kemudiannya boleh mendorong kepada serangan asma. Dalam kajian berkenaan respon imun dalam kultur tisu, madu mampu meningkatkan bilangan antibodi, limfosit B dan T, eosinofil, neutrophil, dan sel-sel lain berkaitan imun.


Allah Yang Maha Pemegang Amanah (Al-Wakil) menguruskan amanah dengan menciptakan sistem enjin jasad ini dengan penuh kesempurnaan. Namun, disebabkan perbuatan kita yang bercanggah dengan fitrah itu sendiri telah mengganggu sistem enjin jasad daripada berfungsi secara fitrah dan akhirnya mencetuskan penyakit asma. Maka sebab itulah Allah SWT menciptakan madu kerana di dalamnya terdapat antioksidan yang dapat melawan keradangan dan meningkatkan imunisasi dalam merawat asma. Pengambilan 2 sudu teh madu setiap malam membantu melembapkan saluran pernafasan dan mengurangkan batuk. Oleh itu, dalam menghadapi keperluan hidup, hendaklah kembali kepada fitrah kerana Allah SWT melaksanakan segala urusan makhluk-Nya dengan sempurna tanpa cacat cela. Manusialah yang sebenarnya merosakkan jasad mereka kerana tidak mengikuti cara hidup fitrah.

Rujukan :

  • Asthma. Diperoleh pada 24 Julai 2021 daripada: https://www.niehs.nih.gov/health/topics/conditions/asthma/index.cfm
  • Types, causes, and diagnosis of asthma. Diperoleh pada 24 Julai 2021 daripada: https://www.medicalnewstoday.com/articles/323523
  • 4 Unexpected Health Benefits of Camel Liver for Body. Diperoleh pada 24 Julai 2021 daripada: https://drhealthbenefits.com/food-bevarages/meats/health-benefits-of-camel-liver
  • Is honey good for asthma? Diperoleh pada 24 Julai 2021 daripada: https://www.medicalnewstoday.com/articles/321873#:~:text=Honey%20also%20has%20anti%2Dinflammatory,at%20bedtime%20to%20reduce%20coughing.
  • Inhalation of honey reduces airway inflammation and histopathological and histopathological changes in a rabbit model of ovalbumin-induced chronic asthma. Diperoleh pada 24 Julai 2021 daripada:https://www.researchgate.net/publication/262789107_Inhalation_of_honey_reduces_airway_inflammation_and_histopathological_changes_in_a_rabbit_model_of_ovalbumin-induced_chronic_asthma
  • Can Honey Treat Asthma? Diperoleh pada 24 Julai 2021 daripada: https://www.healthline.com/health/asthma/honey-for-asthma#uses
  • Honey and immunity: How you can consume honey to strengthen immune system. Diperoleh pada 24 Julai 2021 daripada: https://www.timesnownews.com/health/article/honey-and-immunity-how-you-can-consume-honey-to-strengthen-immune-system/584340

Alamat

Country Heights,
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan

Nombor Telefon

+60389663696 / +60389663696 (WhatsApp)

Waktu Operasi

Isnin (8.30 pagi – 12.00 tengahari)
Rabu sehingga Ahad (9.30 pagi – 5.30 petang)
Selasa (Cuti)

E-mel

konsultasi@ibnusinawellness.com

Langgani Buletin ISW

Ikuti Media Sosial ISW