Madu dan Buah Pinggang

Kategori: Kidneys | Oleh: Hakeema Rozainah

Bacaan 5 minit

Kongsi


Secara fitrahnya, jasad yang sihat tidak mengandungi protein pada bacaan urin. Jika terdapat protein pada bacaan urin, ini menunjukkan keadaan tidak normal. Kandungan protein yang banyak dalam air kencing dipanggil sebagai proteinuria. Buah pinggang yang sihat akan menapis protein. Namun, kegagalan fungsi buah pinggang akan menyebabkan terdapat protein pada urin kerana masalah penapisan pada buah pinggang.


Masalah buah pinggang dapat dikesan dengan ujian darah yang mana kadar kreatinin dalam darah diukur. Selain itu, ujian air kencing juga dapat membantu mengesan masalah buah pinggang yang mana kadar nisbah albumin dan kreatinin diukur. Kreatinin merupakan bahan buangan hasil metabolisme daripada jasad. Kreatinin sepatutnya ditapis melalui buah pinggang dan seterusnya dipam keluar daripada jasad melalui air kencing. Bacaan kreatinin melebihi paras normal 72-156 mL/min menunjukkan terdapat kerosakan pada buah pinggang. Bacaan kreatinin dilakukan dengan menggunakan kaedah kadar penurasan glomerulus (Glomerular Filtration Rate, GFR) iaitu berapa banyak isi padu aliran bendalir yang ditapis oleh buah pinggang dalam masa seminit. Buah pinggang yang sihat dan berfungsi secara fitrah biasanya dapat menapis lebih daripada 90 mL/min. Sekiranya GFR kurang daripada 90 mL/min, ini menunjukkan terdapat kerosakan pada buah pinggang disebabkan oleh kuantiti kreatinin yang tinggi dalam darah, lalu mengakibatkan hanya sedikit sahaja kreatinin yang dipam keluar melalui air kencing. Bacaan kreatinin boleh menjangkau sehingga lebih 200 mg/gm menandakan tahap serius kegagalan buah pinggang.


Bukti Kajian Sains

• Antibiotik spektrum luas

Kebanyakan penyakit buah pinggang kronik berpunca daripada jangkitan bakteria. Kajian menunjukkan madu dapat mencegah daripada jangkitan kuman pada buah pinggang. Madu merupakan antibiotik spektrum luas dan berkebolehan mencegah masalah antibiotik kurang efisien (resistance). Antibiotik spektrum luas bermaksud antibiotik yang berkesan melawan pelbagai jenis bakteria penyebab penyakit, sama ada jenis bakteria positif-gram atau negatif-gram.


• Melancarkan penyingkiran kreatinin (creatinine)

Madu membantu melancarkan pembuangan air, menapis sodium dan menyingkirkan kreatinin. Madu juga menurunkan paras osmolaliti urin, kalsium urin dan gula dalam darah. Madu meningkatkan jumlah pembuangan air kecil, sodium dan klorida tanpa menyebabkan kesan kekurangan garam atau kesan sampingan lain.


Allah Yang Maha Memelihara (Al-Hafiz) melindungi mahkluk-Nya daripada segala bahaya dan mudarat. Tidak ada satu pun yang terlepas daripada jagaannya termasuk sistem perkumuhan kita dalam organ buah pinggang. Buah pinggang dalam jasad kita ibarat oil filter bagi sebuah kenderaan agar kereta itu berjalan dengan baik. Begitulah buah pinggang yang menapis segala toksin agar jasad kita sentiasa terpelihara. Namun, gaya hidup manusia itu sendiri yang tidak mematuhi fitrah telah menjadi mudarat kepada lalu mencetuskan penyakit seperti buah pinggang. Bagi pesakit buah pinggang, minum madu setiap pagi amat digalakkan kerana madu bertindak sebagai antibiotik spektrum melawan bakteria penyebab penyakit dan ini juga adalah amalan Rasulullah SAW agar kita terhindar daripada segala penyakit. Oleh itu, tiada lain yang berkuasa selain Allah SWT dalam menyelamat dan memelihara para hamba-Nya di dunia dan di akhirat. 


Rujukan :

Alamat

Country Heights,
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan

Nombor Telefon

+60389663696 / +60389663696 (WhatsApp)

Waktu Operasi

Isnin (8.30 pagi – 12.00 tengahari)
Rabu sehingga Ahad (9.30 pagi – 5.30 petang)
Selasa (Cuti)

E-mel

konsultasi@ibnusinawellness.com

Langgani Buletin ISW

Ikuti Media Sosial ISW