Madu dan Masalah Lelaki Lemah Tenaga Batin

Kategori: Erectile Dysfunction | Oleh: Hakeema Rozainah

Bacaan 5 minit

Kongsi


“Sukar mendapat zuriat: Lelaki yang bermasalah?”

Ramai pasangan yang berkahwin mengimpikan zuriat. Namun, bukan semua yang diimpikan dengan mudah menjadi kenyataan. Hamil merupakan satu berita gembira yang sangat diharapkan oleh pasangan yang telah berkahwin, khususnya bagi mereka yang baru mendirikan rumah tangga. Bagi wanita, ini merupakan lambang kesuburan, manakala bagi lelaki pula, ini merupakan tanda ‘kelakian’ yang membuktikan kehebatan suami tersebut. Namun, bagi mereka yang kurang bernasib baik, ada yang terpaksa menunggu sehingga bertahun-tahun lamanya untuk mendapatkan zuriat. Ramai pasangan yang masih boleh bersabar dengan dugaan ini, namun apalah erti perkahwinan jika tiada zuriat yang dapat menyambung keturunan.

Stigma masyarakat Malaysia khususnya Melayu, seringkali menyalahkan perempuan apabila sesebuah perkahwinan itu lambat atau tidak dikurniakan zuriat. Betulkah hanya perempuan yang patut dipersalahkan?

Kajian menunjukkan bahawa lelaki juga menyumbang kepada kesukaran untuk mendapatkan zuriat seperti benih sperma yang tidak berkualiti atau faktor masalah lain berkenaan lelaki.


Lote Tree Honey/Elixir of Life

Madu dikenali sebagai pemangkin kesuburan secara semula jadi dari generasi ke generasi. Tidak hairanlah kenapa istilah “bulan madu” sering diungkapkan bagi pasangan yang baru berkahwin kerana tradisi orang dahulu kala mengamalkan meminum sesudu penuh madu setiap malam bagi mempercepatkan proses mendapat zuriat. Minum madu perlu diamalkan setiap malam.


Bukti Kajian Sains

  • · Madu tinggi kandungan vitamin B iaitu bahan penting dalam penghasilan hormon testosteron.

Bagi lelaki yang kurang subur atau separa subur, amalkan minum Lote Tree Honey yang dicampur bersama susu suam kerana dipercayai dapat menambah baik kuantiti sperma, kepekatan hormon testosteron dan kesuburan.

  • · Madu mengandungi komponen boron yang menjadikannya agen afrodisiak iaitu bahan pembangkit nafsu.

Kajian makmal juga mendapati bahawa pengambilan madu dengan berat 1.2g/kg berat badan dapat memudahkan proses persetubuhan, memantapkan ejakulasi air mani, meningkatkan keinginan bersetubuh, dan dapat membantu meningkatkan kesuburan. Dalam model preklinikal yang pelbagai, khasiat madu dalam meningkatkan syahwat dan kesuburan lelaki telah teruji secara saintifik. Bukan sahaja manfaatnya untuk lelaki, malah madu juga sangat bagus untuk kesuburan wanita.

  • · Madu lebih baik daripada Viagra

Madu juga sangat bagus untuk menaikkan syahwat. Mungkin kerana itu, madu sering dikaitkan dengan kepuasan hubungan seks. Campuran madu dengan biji lobak merah boleh bertindak sebagai afrodisiak iaitu perangsang syahwat. Campuran madu dengan kacang, ginseng dan herba tertentu pula dikatakan mempunyai kesan yang lebih bagus berbanding Viagra dan tidak mempunyai sebarang kesan sampingan. Namun apa yang penting, ke semua bahan ini adalah semula jadi dan tidak mengandungi bahan kimia terlarang yang boleh meningkatkan risiko mati pucuk pada masa akan datang. Malah, kajian lain telah mendapati bahawa madu dapat memberikan kesan perlindungan terhadap organ peranakan wanita.


Allah Yang Maha Perancang (Al-Bari) telah mengatur perancangannya dengan begitu sempurna. Kepada yang sukar mendapat zuriat, cubalah meminum madu kerana khasiat madu telah terbukti dapat menyuburkan rahim, meningkatkan ghairah seksual dan memberi peluang untuk hamil. Dalam al-Quran dan hadis juga ada disebutkan madu mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Malah Rasulullah SAW juga berpesan agar seseorang itu berubat dengan madu dan al-Quran. Maka tidak hairanlah madu dianggap sebagai raja segala ubat. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan tidak membiarkan hamba-Nya bersendirian. Apa yang perlu, berdoa dan berusaha mencari penawar kerana setiap penyakit pasti ada ubatnya.

Oleh itu, jelaslah bahawa betapa tingginya potensi madu dalam merawat serta meningkatkan tahap kesuburan lelaki dan wanita. Jika anda mengalami masalah ketidaksuburan atau bertahun-tahun menantikan zuriat yang tidak kunjung tiba. Cubalah amalkan madu seperti Lote Tree Honey/Elixir of Life daripada Ibnu Sina Wellnes.

Rujukan :

  • How to increase fertility: 44 ways to boost fertility. Diperoleh pada 16 Jun 2021 daripada: https://www.goodto.com/family/pregnancy/how-to-increase-fertility36587#:~:text=Eat%20h oney&text=Honey%20has%20been%20regarded%20as<,up%20the%20baby%2Dmaking%20process.
  • Honey and fertility. Diperoleh pada 16 Jun 2021 daripada https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC5478293/#:~:text=For%20infertile%20or%20sub%2Dfertile,for%20the%20production%20of%20testosterone.
  • Role of honey in modern medicine. Diperoleh pada 16 Jun 2021 daripada https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC5478293/#:~:text=For%20infertile%20or%20sub%2Dfertile,for%20the%20production%20of%20testosterone.
  • Hospodar M. Aphrodisiac foods: Bringing heaven to earth. Gastronomica. 2004 Nov;4(4):82-93.
  • West E., Krychman M. Natural aphrodisiacs—a review of selected sexual enhancers. Sexual medicine reviews. 2015 Oct 1;3(4):279-88.
  • Safitri E., Widiyatno TV, Sandhika W., Prasetyo RH. Effectivity of Honey to regenerate the production of testosterone by induction of endogenous stem cells of rat with low libido due to malnutrition. BioCell. 2019 Jul 22;43(4).
  • Kotta S, Ansari SH, Ali J. Exploring scientifically proven herbal aphrodisiacs. Pharmacognosy reviews. 2013 Jan;7(13):1.

Alamat

Country Heights,
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan

Nombor Telefon

+60389663696 / +60389663696 (WhatsApp)

Waktu Operasi

Isnin (8.30 pagi – 12.00 tengahari)
Rabu sehingga Ahad (9.30 pagi – 5.30 petang)
Selasa (Cuti)

E-mel

konsultasi@ibnusinawellness.com

Langgani Buletin ISW

Ikuti Media Sosial ISW