Madu dan Strok

Kategori: Stroke | Oleh: Hakeema Rozainah

Bacaan 5 minit

Kongsi


Strok merupakan sesuatu keadaan yang boleh meragut nyawa kerana bekalan darah ke otak tidak dapat disalurkan. Strok berlaku apabila salur darah yang membekal oksigen dan nutrien ke otak tersumbat oleh darah beku atau salur darah menjadi pecah. Apabila ini berlaku, sebahagian daripada otak tidak mendapat darah beroksigen yang diperlukan dan sel otak menjadi mati. Salur darah akan mudah pecah sekiranya tekanan darah yang tinggi melemahkan struktur pembuluh darah. Pembuluh darah yang pecah dalam kawasan otak mengakibatkan pendarahan dan dipanggil strok berdarah.

Salur darah mudah tersumbat disebabkan darah yang mudah membeku kerana longgokan toksin beracun dalam bentuk asap rokok, logam berat, ubat-ubatan kimia sintetik, makanan bergoreng, kolesterol jahat dan minuman beralkohol.

Antara simptom strok ialah:

  • Lumpuh separuh badan
  • Pening, hilang keseimbangan untuk pergerakan
  • Sawan
  • Kekeliruan
  • Tidak sedarkan diri
  • Masalah bercakap dan memahami percakapan
  • Masalah penglihatan


Bukti Kajian Sains

Madu membantu salur darah untuk mengembang dan melancarkan perjalanan darah ke jantung. Madu juga mengelakkan daripada pembentukan darah beku yang boleh mengakibatkan strok dan sakit jantung. Terdapat kajian secara in vivo menggunakan haiwan menunjukkan madu melindungi jantung daripada daripada tekanan oksidatif.

Rujukan:

10 Surprising Health Benefits of Honey. Diperoleh pada 2 Julai 2021 daripada: https://www.healthline.com/nutrition/10-benefits-of honey#:~:text=They%20may%20help%20the%20arteries,from%20oxidative%20stress%20(%2019%20).


Madu merawat kesan selepas strok

Kerosakan kognitif akibat strok dapat ditangani dengan meminum madu. Madu dapat mengawal tekanan oksidatif dan memberi kesan antikerengsaan bagi mengelak kesan kerengsaan pada neuron. Madu juga memberi kesan nootropic seperti menguatkan daya ingatan yang dapat membantu pesakit strok memulihkan daya ingatan.

Rujukan:

Sabarisah, Hashim. (2021). Trigona Honey as a Potential Supplementary Therapy to Halt the Progression of Post-Stroke Vascular Cognitive Impairment, International. International Medical Journal (1994). 28.


Antioksidan

Antioksidan adalah unsur penting yang dapat membantu merendahkan tekanan darah dan mengurangkan risiko penyakit jantung. Kajian terhadap haiwan dan manusia menunjukkan penurunan tekanan darah setelah meminum madu.

Rujukan:

10 Surprising Health Benefits of Honey. Diperoleh pada 2 Julai 2021 daripada: https://www.healthline.com/nutrition/10-benefits-of-honey#TOC_TITLE_HDR_2


Antisawan

Madu dapat memberi kesan antisawan dan dapat mengatasi masalah lain berkaitan otak. Kajian mendapati madu menunjukkan sifat perlindungan neuron, agen antioksidan pada korteks serebral yang melindungi otak daripada tekanan oksidatif.

Rujukan:

Neurological Effects of Honey: Current and Future Prospects. Diperoleh pada 2 Julai 2021 daripada: https://www.hindawi.com/journals/ecam/2014/958721/

Effect of tualang honey against KA-induced oxidative stress and neurodegenation in the cortex of rats. Diperoleh pada 2 Julai 2021 daripada: https://bmccomplementmedtherapies.biomedcentral.com/articles/10.1186/s12906-016-1534-x


Allah Yang Maha Luas (Al-Wasi’) sangat luas pemberian nikmat-Nya dalam bentuk rezeki, kesihatan, kecerdasan fikiran, kegembiraan, kelengkapan jasad manusia, tanaman mahupun haiwan. Akibat kegagalan mengamalkan gaya hidup fitrah telah menyebabkan longgokan toksin beracun tersumbat yang menghalang bekalan darah sampai ke otak dan menyebabkan strok. Namun, Allah SWT tidak pernah lupa menurunkan penawar termasuklah diciptakan lebah yang di perutnya keluar madu bermacam-macam warnanya, dan di dalam madu itu terdapat ubat beribu manfaat perubatan yang menjadi penawar pelbagai penyakit. Oleh itu, pengambilan Lote Tree Honey/Elixir of Life amat digalakkan kepada mereka yang menghidap strok kerana mengandungi antioksidan, anti antikerengsaan dan membantu salur darah mengembang. Anugerah Allah SWT ini tidak akan berkesudahan sampai bila-bila selagi kita sebagai hambanya berusaha menjaga dan mencari penawarnya. Sakit mengingatkan bahawa kita adalah makhluk yang lemah dan nikmat sihat hanya pinjaman Allah SWT semata-mata. Sesungguhnya Dia-lah yang berhak ke atas setiap sesuatu. 

Rujukan :

  • 10 Surprising Health Benefits of Honey. Diperoleh pada 2 Julai 2021 daripada: https://www.healthline.com/nutrition/10-benefits-of honey#:~:text=They%20may%20help%20the%20arteries,from%20oxidative%20stress%20(%2019%20).
  • Sabarisah, Hashim. (2021). Trigona Honey as a Potential Supplementary Therapy to Halt the Progression of Post-Stroke Vascular Cognitive Impairment, International. International Medical Journal (1994). 28.
  • 10 Surprising Health Benefits of Honey. Diperoleh pada 2 Julai 2021 daripada: https://www.healthline.com/nutrition/10-benefits-of-honey#TOC_TITLE_HDR_2.
  • Neurological Effects of Honey: Current and Future Prospects. Diperoleh pada 2 Julai 2021 daripada: https://www.hindawi.com/journals/ecam/2014/958721/.
  • Effect of tualang honey against KA-induced oxidative stress and neurodegenation in the cortex of rats. Diperoleh pada 2 Julai 2021 daripada: https://bmccomplementmedtherapies.biomedcentral.com/articles/10.1186/s12906-016-1534-x.

Alamat

Country Heights,
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan

Nombor Telefon

+60389663696 / +60389663696 (WhatsApp)

Waktu Operasi

Isnin (8.30 pagi – 12.00 tengahari)
Rabu sehingga Ahad (9.30 pagi – 5.30 petang)
Selasa (Cuti)

E-mel

konsultasi@ibnusinawellness.com

Langgani Buletin ISW

Ikuti Media Sosial ISW