Madu sebagai Antidepresan

Kategori: Depression | Oleh: Hakeema Rozainah

Bacaan 5 minit

Kongsi


Madu khususnya Lote Tree Honey/Elixir of Life sememangnya kaya dengan pelbagai khasiat kerana madu itu sendiri mempunyai pelbagai komponen, unsur dan sifat yang dapat memberi 1001 kebaikan kepada seluruh jasad manusia termasuklah ubat bagi masalah psikologi yang membabitkan emosi, stres, anxiety dan depresi. Masalah psikologi juga dapat memberi kesan kepada otak seperti masalah pelupa.


Bukti Kajian Sains

• Madu sebagai antidepresan memberi kesan penenang

Madu melegakan anxiety atau keresahan. Jika seseorang ingin mengurangkan stres, maka anda tidak perlu bergantung kepada ubat-ubatan sintetik. Hanya dengan meminum madu sahaja atau tambah pada makanan seperti bubur. Hal ini kerana nutrien dalam madu menghasilkan kesan ketenangan jika diambil dalam kadar yang mencukupi.


• Madu mempunyai sifat anxiolytic, antinociceptive dan anticonvulsant

Madu mempunyai nilai nutrisi yang berharga seperti mempunyai sifat anxiolytic, antinociceptive, anticonvulsant dan antidepresan dalam memperbaiki status oksidatif otak. Sifat anxiolitik mengurangkan anxiety, sifat antinociceptive mampu menghalang proses nociception menjadikan kesakitan kurang terasa, manakala sifat anticonvulsant untuk mencegah sawan.

Kajian menunjukan polifenol yang terdapat pada madu mempunyai sifat perlindungan neuron dan nootropic yang melindungi sistem saraf, menguatkan daya ingatan dan memperbaiki fungsi kognitif.


• Menguatkan daya ingatan

Kajian mengesahkan madu memberi kesan yang bermanfaat untuk daya ingatan dan proses pembelajaran. Kajian jangka masa panjang yang telah dilakukan menunjukkan madu berkesan merawat penyakit pelupa dan kandungan dalam madu mampu mencegah penyakit berkaitan otak seperti pelupa dan penyakit kognitif yang lain seperti penyakit Alzheimer’s, penyakit Parkinson’s dan sebagainya.


Allah Yang Maha Pengasih (Al-Rahman) telah melimpahkan rahmat dan kasih-Nya dengan ciptaan lebah yang memberi manfaat dan penawar kepada manusia. Kajian saintifik membuktikan madu itu sangat berkhasiat dan kaya mineral seperti natrium, kalsium, kalium, vitamin (B1), riboflavin (B2), asam askorbat (C), piridoksin (B6), niasin, asam pantotenat, biotin, asam folat, dan vitamin K. Tidak hairanlah jika madu ini merupakan makanan untuk otak seperti yang dinyatakan oleh Ibnu Sina dalam Qanun Fi Tibb bahawa madu bukan saja baik untuk merawat luka, ulser, mencerahkan penglihatan, bahkan merupakan makanan untuk menajamkan minda. Terdapat juga beberapa bukti kajian sains yang lain mengenai khasiat madu kepada otak.

Rujukan :

  • Honey improves immunity, relieves anxiety. Diperoleh pada 4 Julai 2021 daripada: https://m.timesofindia.com/life-style/health-fitness/diet/honey-improves-immunity-relieves anxiety/articleshow/13133996.cms
  • Mohammad Mijanur Rahman, Siew Hua Gan, Md. Ibrahim Khalil, "Neurological Effects of Honey: Current and Future Prospects", Evidence-Based Complementary and Alternative Medicine, vol. 2014, Article ID 958721, 13 pages, 2014.
  • The use of honey as a natural preventive therapy of cognitive decline and dementia in the Middle East. Diperoleh pada 4 Julai 2021 daripada: https://www.researchgate.net/publication/245820416_The_use_of_honey_as_a_natural_preventive_therapy_of_cognitive_decline_and_dementia_in_the_Middle_East
  • Othman, Z., Zakaria, R., Hussain, N., Hassan, A., Shafin, N., Al-Rahbi, B., & Ahmad, A. H. (2015). Potential Role of Honey in Learning and Memory. Medical sciences (Basel, Switzerland), 3(2), 3–15. Diperoleh daripada: https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC5635760/


Alamat

Country Heights,
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan

Nombor Telefon

+60389663696 / +60389663696 (WhatsApp)

Waktu Operasi

Isnin (8.30 pagi – 12.00 tengahari)
Rabu sehingga Ahad (9.30 pagi – 5.30 petang)
Selasa (Cuti)

E-mel

konsultasi@ibnusinawellness.com

Langgani Buletin ISW

Ikuti Media Sosial ISW