Madu untuk Gout
Kategori: Kidneys | Oleh: Hakeema Rozainah
Bacaan 5 minit
Gout terjadi apabila asid urik berlebihan terkumpul di dalam badan. Asid urik ialah bahan kumuh berasal daripada sejenis protein yang dipanggil purin. Bahan kumuh ini akan dibuang melalui air kencing. Untuk masalah gout, asid urik yang berlebihan ini tidak dibuang dan berkumpul pada sendi, lalu mengakibatkan keradangan dan serangan gout yang amat menyakitkan. Penyakit ini selalunya dihidapi oleh lelaki dalam lingkungan umur 30 ke atas dan jarang sekali dihidapi oleh kaum wanita sebelum putus haid. Gout selalunya menyerang pada ibu jari kaki.
Antara simptom gout ialah:
• Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit.
• Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman.
• Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat.
• Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau sebulan.
• Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.
Bukti Kajian Sains
• Madu melegakan kesakitan
Madu dapat menghalang kesan kesakitan dengan mengawal tindak balas kimia dalam jasad. Madu kaya dengan nutrien dan pelbagai komponen yang mempamerkan banyak kesan terapeutik yang bermanfaat bagi mengatasi pelbagai penyakit. Madu mempunyai sifat antinociceptive yang mampu menghalang proses nociception dan menjadikan kesakitan kurang terasa, lalu melegakan kesakitan.
• Antikerengsaan / antikeradangan
Sifat antikerengsaan pada madu dapat mengurangkan bengkak atau keradangan akibat pelbagai penyakit termasuklah gout. Kajian menunjukkan dengan meminum madu akan memberi kesan antikerengsaan yang mengurangkan kadar prostaglandin iaitu hormon hasil tindak balas kesakitan yang dialami.
• Rendah kandungan purin
Madu merupakan makanan yang rendah purin dan pengambilan dalam kuantiti sederhana tidak mengakibatkan serangan gout. Kajian menunjukkan setelah seminggu pengambilan madu tulen bersama serbuk kulit kayu manis sebelum bersarapan terhadap 200 orang pesakit masalah sendi, seramai 73 orang daripadanya mendapati simptom gout mereka berkurangan dan mereka boleh berjalan tanpa rasa sakit setelah sebulan. Kajian pada model haiwan juga mendapati ekstrak kulit kayu manis dapat mengurangkan paras asid urik.
Allah Yang Maha Berupaya (Al-Qadir) berupaya melakukan apa sahaja yang dikehendakinya. Allah SWT berupaya memberikan manfaat dan mudarat kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Oleh itu, kepada penderita penyakit gout, Allah SWT telah menciptakan madu untuk merawatnya. Dengan menyapukan madu pada tempat yang terkena gout, pelincir intraarticular terbentuk dan membolehkan penyingkiran asid urik. Selain itu, sifat antikerengsaan yang ada pada madu dapat mengurangkan bengkak atau keradangan. Nabi SAW pernah bersabda, madu juga dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan. Maka kembalilah kepada fitrah dengan mengambil Lote Tree Honey/Elixir of Life sebagai ubat seperti yang disarankan oleh Nabi kita. Yakinlah Allah Maha Mendengar dan tidak membiarkan hamba-Nya bersendirian. Kita hanya perlu berdoa dan berusaha mencari penawar kerana setiap penyakit pasti ada ubatnya.
Rujukan :
Alamat
Country Heights,
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan
Nombor Telefon
Waktu Operasi
Isnin (8.30 pagi – 12.00 tengahari)E-mel
konsultasi@ibnusinawellness.com0 Klik
Copyright @ 2025 Ibnu Sina Wellness. All Rights Reserved.
Tumpuan asas kelas adalah untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan para pelajar bagi memperbaiki dan menambahkan nilai diri.
Bagi pelanggan yang pertama kali
menggunakan sistem kami, Sila klik pada
Daftar akaun baru bagi meneruskan proses seterusnya.
Pendaftaran
Login Akaun
Sila isi maklumat berikut dan klik pada butang Daftar.
Bagi memastikan pendaftaran berjalan lancar, sila pastikan maklumat yang dimasukkan adalah BENAR.
Bagi bahagian “Password” atau katalaluan, pengguna perlu memasukkan kombinasi daripada huruf besar, huruf kecil dan nombor serta perlu melebihi 8 aksara.
Rawatan Alternatif & Bimbingan Holistik Terunggul berdasarkan Kanun Perubatan Ibnu Sina
SESI PERCUMA SANGAT TERHAD
Kami sedang menempah
untuk anda
Copyright @ 2025 Ibnu Sina Wellness. All Rights Reserved.